Tarik Perhatian, Selambe Rombongan Pengantin Perempuan Dan Bridesmaid Konvoi Naik Superbike Dengan Pakaian Sari

Ramai wanita mempunyai impian mereka sendiri dalam mengadakan majlis perkahwinan idaman mereka. Namun siapa sangka, ada yang mahu berkonvoi dengan motor berkuasa tinggi atau superbike?
Satu video yang tular dilaman Facebook baru-baru ini menunjukkan rombongan pengantin wanita di Singapura yang berkonvoi dengan menggunakan superbike dan memakai sari berwarna merah jambu telah mencuri perhatian ramai.


Video yang dimuatnaik oleh Venga Das pada Ahad lalu telah mendapat lebih 143 ribu tontonan di Facebook dengan 4.9 ribu share!

Dalam video tersebut, kelihatan pengantin wanita mengetuai rombongan lebih 20 buah superbike dan 5 daripadanya adalah bridesmaid.
Ada lagi sesiapa nak kahwin naik superbike macam ni ke?

Only in Singapore.Wedding.. first bike is the BRIDE…ponnu

Posted by Venga Das on Ahad, 23 Februari 2020

Kredit: Facebook Venga Das