Siapa yang dalam keretanya tiada lipas, kira sangat bertuah. Mungkin dia tidak pernah membeli makanan di pasar atau makan di dalam kereta. Rasa-rasa tipulah kelau tiada lipas kan. Terutama anak-anak lipas. Bagi mereka yang ada anak, sudah tentu akan makan dalam kereta dan pasti ada sisa yang tertinggal. Anda tentu pening macam mana nak benteras lipas dalam kereta anda.
Bahaya juga jika ada lipas dalam kereta kita. Bayangkan kita sedang memandu tiba-tiba lipas masuk dalam kain atau kaki seluar. Mau tertekan pedal minyak atau brek. Tentu bahaya bukan sebab ia akan mendatangkan suasana panik kepada kita. Mungkin anda pernah alami situasi begitu. Macamana perasaan anda ye?
Cara Benteras Lipas Dalam Kereta
Kadang lipas ni nakal sangat, sampai ke stereng dia meronda
Kami ada tips bagaimana untuk memerangkap lipas yang membiak di dalam kereta anda. Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Abuyat Sakoora telah kongsikan tips bagaimana dia memerangkap dan hapuskan lipas-lipas dalam keretanya dengan mudah sekali.
Katanya selepas ini tiada lagi lipas berkeliaran di stereng kereta, tempat duduk dan juga alas kaki. Jika kereta anda mempunyai banyak lipas, apa salahnya cuba kaedah ini. Mana tahu selepas itu tiada lagi serangga itu.
Bahan-Bahan Yang Diperlukan
Bahan Yang Diperlukan pun sangatlah mudah di perolehi. Ada di dalam rumah anda pun iaitu:
Sedikit Marjerin, minyak masak yang sudah digunakan (terpakai), susu pekat manis dan bekas seperti loyang dan lain-lain bekas.
Cara Penyediaan:
Masukkan semua bahan-bahan di atas ke dalam satu bekas. Kemudian hanya diletakkan di dalam kereta anda semalaman. Mudah saja bukan.
Inilah hasilnya menggunakan cara seperti yang ditunjukkan
Kemudian sabar sikit. Nantikan hasilnya keesokan hari. Jika kereta anda mempunyai banyak lipas, lihat saja hasilnya. Selamat mencuba. Semoga lepas ni anda memandu dengan lebih baik tanpa perlu risau lagi.
Jangan lupa kongsikan cara benteras lipas ini kepada kawan-kawan anda yang mempunyai masalah tersebut. Layari juga page kami di Suka Viral. Terima kasih kerana membaca.