“Tidur Di Kaki Lima Berselimut Nipis,” 3 Beranak Hidup Terbuang Tiada Rumah

Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Perumpamaan itu sering kita dengar apabila melihat seseorang yang ditimpa kesusahan dan keperitan dalam hidup.


Namun, sebagai masyarakat yang prihatin, sudah tentu terdetik di hati kita untuk menghulurkan bantuan kepada mereka yang ditimpa kesusahan kerana tidak sanggup melihat orang lain menderita dicengkam keperitan hidup.

Berselimut nipis

Menerusi satu perkongsian daripada seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Siti Raudhah Hadi, dia telah memuat naik satu kisah dn juga gambar sebuah keluarga dengan anak-anak kecil yang tinggal di kaki lima.

Hidup ihsan masyarakat

Menurut perkongsian daripadaRaudhah dia kerap bertemu dengan anak-anak tersebut. Mereka dipercayai tidak mempunyai tempat tinggal. Mereka juga hanya menggunakan pakaian yang disedekahkan oleh orang ramai.

Lebih menyayat hati, mereka tidur di lantai kaki lima hanya beralaskan selimut nipis tanpa ada tilam mahupun bantal.

Memang duduk di kaki lima bertiga

Pada awalnya pengguna Facebook itu tidak berapa yakin dengan kisah mereka sehingga dia datang sendiri melawat keadaan mereka yang begitu menyayat hati ketika waktu malam semasa ingin tidur.

Oleh hal itu, Raudhah telah meminta orang ramai agar mendoakan keluarga kecil tersebut dimurahkan rezeki dan ada pihak-pihak berwajib tampil menghulurkan bantuan.

Menerusi perkembangan terbaru, wanita itu memaklumkan bahawa keluarga itu telah dibantu oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat susulan perkongsian yang dimuat naik ini tular di media sosial.

Semoga Allah lindungi mereka

Susulan daripada posting yang dibuat oleh pengguna Facebook itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan tersebut dengan menzahirkan rasa simpati terhadap mereka.

Sebahagian daripada warganet berharap agar dapat membantu keluarga tersebut disamping menitipkan doa agar mereka diberikan perlindungan serta kemudhan di masa hadapan.

Teringat dekat anak2

Rakyat Malaysia prihatin