Gara2 pergi tempat kotor lelaki ini diserang penyakit kayap, hampir buta sebelah mata

Kalau sebut nama penyakit kayap, pasti ramai pernah dengar tentang penyakit kulit ini, tapi tidak ramai yang tahu betapa bahayanya penyakit kulit ini buat kita.

Kayap atau nama saintifiknya, herpes zoster dalam istilah perubatan adalah sejenis penyakit kulit dan saraf yang disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV).

Baru-baru ini tular di Twitter kisah seorang pemuda dikenali sebagai Anwar Abu Bakar, menceritakan pengalamannya apabila hampir buta diserang dengan penyakit tersebut. Ikuti thread yang dikongsikan ini.

Aku hampir hilang mata kiri

Share untuk korang tahu cara nak berubat

Sebelum kena kayap, ada redah lorong kotor, seminggu mata berdenyut2

Ingat dah nak mati, sakit sangat sampai pergi kolej tak larat, mak tuduh sakit mata sebab tengok PC lama2

Mata mula bengkak naik pulak jerawat kecik2 doktor sahkan kena kayap, mak naik risau takut boleh bawa maut


Punca sebab tak jaga kebersihan ada peluang untuk hilang mata, mak bawa pergi jumpa perubatan Islam takut dibuat orang pulak

Buat dua cara berubat serentak, tak miss makan ubat dan jaga pantang larang.

Dalam 2 minggu bengkak surut cuma tinggal bekas2 luka jer, bedak sejuk musjarab untuk sejukkan luka kayap tu

Pastikan ada orang yang boleh diharap tolong kita masa proses penyembuhan