Tiga jenis air mineral dari Malaysia disahkan mengandungi bakteria

Satu jenama air minuman dari Malaysia telah dilarang masuk ke Singapura kerana telah disyaki mengandungi bakteria.


Susulan itu, pengguna di Malaysia dinasihatkan untuk berhati-hati sewaktu membeli air minuman atau mineral bagi mengelakkan perkara yang lebih buruk berlaku.

Larangan tersebut diarahkan dari Singapore Food Agency (SFA) yang telah mengesan bakteria jenis Pseudomonas Aeruginosa. Bakteria itu selalunya ditemui dalam najis, tanah, air dan juga sisa buangan.


Sebelum ini larangan yang sama pernah dikeluarkan oleh SFA pada 12 Jun ke atas jenama Guang Li Lian dari Malaysia yang dikatakan mempunyai bakteria yang sama.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye, pihak kementerian akan menjalankan siasatan lanjut ke atas pengeluar berkenaan yang turut mempunyai beberapa produk lain di pasaran.

“Kami perlukan lebih banyak maklumat mengenai produk berkenaan, kelompok mana yang terjejas dan punca masalah.

Jika produk yang dijual di pasaran tempatan terjejas, kami akan memanggil balik produk berkenaan,” katanya.

Antara jenama yang dilarang memasuki Singapura adalah Sukahati, Ro Fina dan juga Still kerana dikatakan boleh timbul pelbagai jenis jangkitan berbahaya.


Jenama air minuman dan mineral yang dilarang memasuki Singapura

Pengguna sila bagi perhatian!

Betul ke ni?

Risau pulak! Hantar la ‘test’ dulu

Ramai rupanya pengguna air minuman tersebut