Selepas hampir setahun berhijrah ke Australia untuk menjalani kehidupan bersama suami yang bertugas di luar negara, pengacara Dayah Bakar akhirnya pulang ke Malaysia.
Difahamkan, Dayah atau nama penuhnya Nurhidayah Abu Bakar selamat tiba di tanah air bersama suaminya Kapten Muhammad Hanif Hamidi dan cahaya mata mereka, Achbar Muhammad Fahri.
Menerusi perkongsian di laman Instagram, dia mengakui berat hati bagi meninggalkan bumi kangaroo itu namun dalam masa sama teruja untuk bersatu semula dengan ahli keluarga sekali gus kembali menjadi pengacara.
“Pertemuan dan perpisahan bukanlah sesuatu yang mudah. Lagi2, bila semakin rapat dan menjadi seperti keluarga. Banyak waktu yang diluangkan bersama, banyak memori juga yang tercipta di bumi kangaroo.
“Honestly, I’m sad to leave but at the same time, I can’t wait to meet my family back home. I also know it’s time to get actively hosting/emceeing again,” tulisnya.
Sebelum ini, kisah pengacara Borak Kopitam itu mengundang kesedihan ramai apabila terpaksa ‘berpisah’ dengan suaminya yang juga pegawai tentera akibat penularan COVID-19.
Setelah menjalani proses kehamilan dan bersalin tanpa pasangan tercinta, Dayah akhirnya berpeluang membawa anak sulung yang ketika itu berusia lima bulan bertemu suaminya buat kali pertama pada awal tahun ini.
Sumber: Instagram Dayah Bakar
Sumber : ohmymedia