Tinggal berlima, Zimi pilih ‘bercerai’ dengan Akim & The Majistret

Umum sedia maklum bahawa Akim & The Majistret merupakan satu nama besar dalam industri muzik tempatan. Lagu-lagu dendangan kumpulan tersebut hampir kesemuanya menjadi siulan.


Pernah beberapa kali memenangai anugerah berprestij Tanah Air, Akim & The Majistret terus mengukuhkan namanya dengan mengeluarkan satu lagi single terbaru berjudul Satu baru-baru ini.

Tak lagi bersama kumpulan
Namun begitu, projek kumpulan muzik ini yang dianggotai oleh beberapa ahli kumpulan muzik yang berlainan telah mengejutkan banyak pihak apabila mengumumkan pengunduran tulang belakangnya iaitu Zimi sejak tiga minggu yang sudah.

Akui sedih & kecewa
Menerusi Harian Metro, Zimi mengakui bahawa berasa sedih dan sedikit kecewa dengan pengunduran yang dibuat dalam kumpulan muzik itu kerana sudah 5 tahun bersama.

“Biarlah apa yang terjadi antara kami sahaja yang tahu. Ianya terlalu peribadi untuk dikongsi.
“Cuma sejujurnya saya berasa sedih dan kecewa apabila perlu meninggalkan kumpulan ini.”


Dia juga menegaskan bahawa pengundurannya dilakukan secara baik kerana ketika menubuhkan projek kumpulan ini juga dia masuk secara baik.

Hak dan keputusan Zimi
Merujuk kepada Akim pula yang juga merupakan vokalis kepada kumpulan tersebut, dia menyatakan bahawa pengunduran tersebut adalah sebagai keputusan dan hak Zimi dan mereka semua menghormati perkara itu.

Sumber : Harian Metro