Rumah merupakan tempat peribadi yang setiap orang mahukan keselesaan. Tidak kiralah sama ada besar atau pun kecil sesebuah rumah itu, ia tetap dianggap tempat berlindung yang setiap orang perlukan.
Oleh sebab itu, kawasan perumahan hendaklah sentiasa selesa dan bersih kerana kawasan tersebut adalah hak privasi setiap individu.
Namun begitu, jika kita mempunyai jiran yang tidak menghormati orang sekeliling, ia juga salah satu masalah yang harus ditangani.
Berlonggok sampai keluar rumah
Menerusi laporan daripada Harian Metro, sebuah rumah telah didakwa menyimpan terlalu banyak sampah sarap yang difahamkan dikutip oleh empunya rumah bagi tujuan menjual barangan kitar semula.
Hal ini bukan sahaja menyebabkan pemandangan kawasan perumahan tersebut cacat, malahan turut boleh mengundang haiwan-haiwan perosak dan berbisa.
Menurut jiran tetangga penghuni rumah tersebut, mereka sudahpun menegur pemilik barangan terpakai itu, tetapi masih tidak diendahkan.
Kenapalah dia tak terus jual
Susulan daripada muat naik berita tersebut di Facebook sumber, rata-rata netizen menyuarakan pelbagai maklum balas mengenai perkara itu. Mereka telah mengecam tindakan pemilik rumah yang menyimpan sampah yang bertimbun sebagai individu yang tidak menghormati jiran.