Tip Buat Air Asam Yang Sedap Menyengat. Gaul Macam Ni, Baru Padu !

Hidangan pencicah air asam ni memang sedap. Hanya menggunakan bahan yang ‘basic’, tapi hasilnya memang membuka selera. Pedas dan masam. Fuhhh… Kalau makan dengan ikan, daging bakar atau terung bakar memang sedap.


Malah kalau cicah dengan aneka lauk pauk rebus pun sesuai. Terasa nak makan air asam? Ha… Jom kita tengok resipi perkongsian saudari Ameera yang mudah ni. Memang sedap.

RESEPI AIR ASAM SEDAP MENYENGAT. TAMBAH 2 BAHAN NI & GAUL, BARU TERANGKAT!

1.Ambil 10 biji cili padi, 2 biji besar cili merah, 1 biji tomato dan 1 biji bawang besar. Potong nipis semua bahan ini.


2. Ambil asam jawa biji, guna separuh begini. Kena pakai asam jawa jenis ini baru air asam ‘kick’.


3. Belacan sebesar ini, nak kurangkan pun boleh.


4. Air suam 1 cawan


5. Campurkan semua dalam mangkuk.


6. Masukkan garam sikit, gula 2 sudu makan.


7. Belacan hancurkan, guna tangan saja.


8. Masukkan sos tomato 1 sudu makan, dan juga sos cili 1 sudu makan juga.


9. Tuang air asam jawa tadi, tapis bijinya.


10. Akhirnya sekali gaul semua ini, guna tangan lagi sebati. Sambil itu selawat. Inilah rahsia sedap!


11. Dah siap! bole makan dengan ikan bakar atau kukus.


Yang ini, ikan kukus


Selamat mencuba!

Sumber: Ameera Via Rasa