Buat Sendiri Mi Goreng Stail Mamak. Masak Sekejap Tapi Punyalah Sedap

Kalau pergi restoren mamak, mi goreng ini selalu kita pesan. Tak tahu kenapa, mi goreng mamak ni rasa sedap je.

Makan waktu panas, dapat pula basah bersalut dengan telur, memang terbaik. Tapikan menu ini boleh saja kita buat sendiri di rumah.

Lagi best masak sendiri sebab boleh ikut cita rasa kita. Kalau nak yang sedap tapi senang boleh ikut perkongsian resipi mi goreng ala mamak Ziera Xiera. Ringkas saja buatnya tapi punyalah sedap.


Mi Goreng Ala Mamak

Bahan-bahan
Mi kuning (paket 1/2kg)

Bahan kisar

Cili kering
1 biji bawang bsr
3 – 4 ulas bawang putih
1 sdb udang kering (tak letak pun boleh)
Bahan A

2sdb sos tiram
2sdb sos tomato
3sdb sos cili
2sdb kicap pekat manis
Kicap cair manis (letak ikut pada kehitaman mee yg kita nak)
Garam
1sdb gula (untuk seimbangkan rasa, jika suka)
Isi ayam
Bebola ikan
Bahan B

4 – 5 biji telur (jika kuantiti mee 1kg guna 9-10 biji telor, kalau kurang nanti tak bersalut. Jika guna telur gred A, boleh kurangkan sebiji)
Mee
Sawi
Tauge
Hirisan cili merah

Cara Membuat:

1. Tumis bahan kisar sampai pecah minyak, masukkan bahan A satu persatu

2. Masak sampai bahan sebati dan cukup rasa, baru masukkan telor.

3. Gaul seketika sebelum masukkan mee.

4. Gaul sampai mee bersalut dengan bahan-bahan.

5. Akhir sekali masukkan sayur. Boleh juga tambah hirisan tauhu jika suka. siap!

Selamat mencuba.