Tulang Gadis Ini Berubah 50 Darjah Kerana Berbaring Mengiring Ketika Barmain Handphone

Remaja 16 tahun tidak sedar tulang belakang ‘berubah 50 darjah’ gara-gara asyik bermain telefon pintar sambil berbaring dan mengiring


Salah satu tabiat yang sering kita lakukan sebelum waktu tidur pada zaman ini ialah melihat atau bermain dengan telefon pintar. Satu tabiat yang bukan sahaja tidak merehatkan anggota badan sebelum kita masuk tidur, tetapi ia sebenarnya tidak menyihatkan dan membahayakan tubuh badan, terutamanya apabila kita berbaring dalam keadaan mengiring.

Kredit : TVBS

Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dari Kaohsiung di Taiwan telah mengadu mengalami kesakitan pada bahagian belakang kepada ibunya dan dia telah dibawa berjumpa dengan doktor di hospital untuk pemeriksaan kesihatan. Selepas mendapatkan nasihat pakar bedah ortopedik, satu ujian X-ray telah dijalankan pada bahagian belakangnya. Hasil ujian tersebut amat mengejutkan remaja perempuan ini dan ibunya!

Hasil sinar X-ray telah menunjukkan bahagian sebelah kiri pada tulang belakangnya telah mengalami satu keadaan melengkung atau bengkokan yang serius sebanyak 50 darjah. Setelah bertanya kepada gadis tersebut, doktor yang memeriksanya telah menyimpulkan keadaan tulang belakangnya yang melengkung adalah disebabkan oleh tabiatnya yang suka bermain telefon pintar di atas katil sambil berbaring dan mengiring. Menurut doktor ini lagi, keadaan ini telah meletakkan lebih tekanan ke atas bahagian kanannya, terutama pada bahagian ‘thoracic vertebrae’ dan ‘lumbar vertebrae’.

Kredit : TVBS

Doktor ini menerangkan remaja perempuan tersebut jarang melakukan senaman sehingga menyebabkan otot-otot terasnya tidak cukup kuat untuk menyokong badannya pada posisi itu untuk jangka masa yang lama. Sudah tentu, bukan pesakit ini sahaja yang mengalami masalah bahagian postur. Doktor ini juga pernah menerima kes seorang pesakit yang mengalami masalah tulang belakang yang melengkung sebanyak 38 darjah.

Kes tulang belakang melengkung seperti ini berlaku disebabkan pesakit remaja itu sering melihat ke arah telefon pintarnya dalam keadaan ke bawah dan ia adalah satu postur tidak sihat yang amat berbahaya kepada pembentukan tulang belakang. Doktor ini menasihatkan orang ramai supaya memastikan diri mereka menggunakan telefon pintar dalam keadaan postur yang betul.

Kredit : TVBS

Jadi, pastikan anda menjaga postur dengan b4ik apabila menggunakan telefon pintar. Jangan berbaring dan mengiring dalam jangka waktu yang terlalu lama, sambil bermain dengan telefon pintar itu. Dan jangan terlalu leka serta asyik membelek telefon pintar sehingga membahayakan kesihatan dan diri sendiri.

Lihat video di bawah.

Kredit: TVBS NEWS/Youtube / Erabaru