
Sebelum ini tular mengenai kisah seorang grduan yang hadir lewat semasa hari konvokesyennya kerana perlu menghadiri upacara pengebumian bapa saudaranya terlebih dahulu.
Ietrah Shahila Sahrum, 21 yang juga Graduan Diploma Perakaunan dari UiTM Segamat telah memberitahu menerusi Harian Metro bahawa bapa saudaranya yang dikenali Saringat Taiga (Wak Ngat), 63 merupakan orang yang bertanggunjawab membesarkannya selepas dia dan tiga beradik yang lain kematian ibu akibat kanser payu dara.
Menurut Ietrah, kejayaannya menggenggam skrol diploma dengan memperoleh Anugerah Naib Canselor ini adalah dedikasi kkas buat Wak Ngat, isterinya dan arwah ibu kerana tidak pernah lelah menyokong kehidupannya.
Tambahnya lagi, dia yang rapat dengan Wak Ngat berasa amat sedih kerana lelaki itu telah menjaganya serta adik-beradik yang lain seperti anak kandungnya sendiri.
“Wak Ngat tidak pernah arwah merungut membesarkan kami. Tak sempat saya nak balas jasa arwah tapi dia sudah pergi.”
Kisah Ietrah telah tular apabila seorang petugas konvokesyen UiTM Segamat memuat naik kisah graduan itu yang lewat sampai semasa majlis graduasinya kerana kematian orang tersayang.
Hasil usaha semua pihak, akhirnya Ietrah berjaya mengambil skrol diploma diatas pentas sambil linangan air mata sehingga mendapat tepukan dari seluruh dewan.
Ietrah yang sedang melanjutkan pengajianya di peringkat Ijazah Sarjana Muda Perakaunan turut menjelaskan bahawa pada asalnya dia agak berbelah bahagi untuk hadir, namun apabila pihak Jawatankuasa konvokesyen memaklumkan bahawa sanggup melengahkan waktu untuk membolehkannya bergraduasi dia akur dan terus bergegas ke UiTM Segamat dari Selangor.
Ketika sidang 6, konvo 91, UiTM Johor sdg berlangsung. Dapat Info dr Pn siti, tim istiadat. seorg graduan Nur………
Posted by Ujud Noor on Wednesday, 23 October 2019
Sehubungan dengan perkongsian daripada Facebook sumber, rata-rata warganet telah menzahirkan ucapan tahniah kepada gadis tersebut. Mereka turut menitipkan ucapan takziah diatas pemergian insan tersayang semasa hari gembiranya dan berharap agar jasa dan pengorbanan arwah dibalas oleh Allah S.W.T.
Sumber : Harian Metro, Ietrah Suhaila