“Tumbangnya bendera bermakna tumbangnya negara” – Netizen Salute Abang Askar Angkat Bendera Jatuh Tepi Jalan

Hangat diperkatakan dua tiga hari ini berkaitan isu bendera terbalik yang dikatakan berlaku di beberapa tempat di sekitar Malaysia. Belum pasti akan kesahihannya, isu ini terus menjadi topik utama perbualan ramai tambah-tambah pulak Hari Kemerdekaan bakal menjelang tak lama lagi kan.

Apa-apapun baru-baru ni, netizen amat terharu dengan tindakan seorang tentera darat yang dikatakan sanggup berhentikan kenderaan demi mengutip sebuah bendera yang terjatuh di tepi jalan. Wah!

“Bukan bendera yang kami puja, tapi kami faham nilai harga dan makna yang ada di bendera kita!”

Menerusi perkongsian Facebook, netizen ini telah berkongsi tindakan penuh patriotisme seorang askar yang mengutip sebuah bendera Malaysia di tepi jalan.

“Kalau ada sikap patriotisme dalam diri, nampak bendera jatuh pun kita automatik betulkan”

Inilah hati dan jiwa setiap tentera, setiap bekas tentera, setiap keluarga tentera, setiap penyokong tentera. Bukan bendera yg kami puja, tapi kami faham nilai harga dan makna yg ada di bendera kita! 🇲🇾

Posted by Mohd Fitri on Tuesday, 20 August 2019

Rata-rata netizen yang melihat posting ni memang salute habislah dengan abang askar tersebut akan nilai patriotisme yang ada di dalam dirinya. Ramai yang berharap generasi muda sekarang dapat mencontohi sikap abang tentera ini.

“Jika bukan kita, siapa lagi nak sayangkan negara kita”

Marilah kita contohi sikap abang askar ini yang sangat sayang dan hormati bendera negara kita. Kalau nampak ada bendera yang jatuh, angkatlah dan gantung dalam keadaan yang betul.

Artikel Berkaitan   Doktor Ini Ajar 5 Tip Nak Pilih Sunblock Sesuai Dengan Kulit, Tak Perlu SPF Yang Tinggi!