Lagi-lagi isu curang. Perkara ni macam dah biasa sangat berlaku di kalangan pasangan yang sudah berkahwin. Lebih menyakitkan hati apabila suami kita dirampas dan curang dengan kawan baik sendiri!
Menerusi perkongsian di Facebook, wanita bernama Hanna ini meluahkan rasa terkilannya apabila suami yang dicintai telah curang dengan rakan baik sehingga berkahwin senyap-senyap di Siam. Allahu…
“Kebahagiaan saya harini musnah kerana terlampau percayakan orang yang sangat rapat dengan saya”
Menurut Hanna, dek kerana kasihan, dia telah mendekati seorang gadis bernama Yaya ketika menemani suaminya ke class marketing di Kuala Lumpur.
Namun tidak dia sangka pula, dalam diam-diam suaminya telah menjalin hubungan cinta di belakangnya bersama Yaya.
“Tergamak mereka semasa saya mengandung, melahirkan… mereka berhubungan di belakang saya tetapi dalam masa sama berpura-pura”
“Abang, terima kasih banyak2 atas rasa cinta yg kita bina selama hampir 11 tahun ni”
Sedih min baca luahan hati Hanna ni. Semoga diberikan kekuatan dalam membesarkan anak-anak. Kepada lelaki kat luar sana, sebelum nak bercurang tu… tengoklah wajah-wajah anak dan isteri yang teraniaya ni.