Sebelum ni saya sudah berkongsi cara-cara untuk mengelak ular memasuki kawasan kediaman Kali ini, saya nak berkongsi pula tndakan yang harus dilakukan sekiranya terdapat ular yang memasuki kawasan rumah.
Tindakan tuan rumah sebelum pasukan penyelamat sampai adalah sangat penting untuk memastikan keselamatan tuan rumah dan keselamatan pasukan penyelamat.
Perkara yang perlu dielakkan
- Mula-mula sekali kalau kita terjumpa ular dalam rumah, jangan sesekali cuba untuk menangkap ular tersebut jika tidak mempunyai kemahiran.
- Jangan sesekali cuba untuk mencederakan ular. Ular akan lebih agresif bila berasa terancam, lebih-lebih lagi jika ulat tersebut dalam keadaan cedera. Ular tersebut akan cuba untuk menyerang. Adakah anda sudah cukup bersedia untuk diserang?
- Jangan halau ular dengan menggunakan sebarang alatan.
Apabila ular diganggu, ular juga akan berasa terancam dan akan menjadi lebih agresif.
Perkara yang anda harus lakukan
- Hubungi pasukan penyelamat dengan secepat mungkin, seperti pihak bomba yang terdekat atau pejabat Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).Maklumkan alamat yang tepat dah mudah untuk ditemui, maklumat mengenai ular, dan tunggu di mana-mana simpang terdekat supaya memudahkan pasukan penyelamat sampai ke rumah.
- Perhatikan gerak-geri dan arah tuju ular dari jarak yang selamat. Anggaran jarak yang selamat adalah antara 10 kaki dan ke atas. Perhatikan ke mana ular pergi supaya memudahkan pasukan penyelamat mencari dan menangkap ular dengan selamat.
- Jika ular berada dalam bilik atau dalam bilik air, tutup pintu dan semua tingkap yang membolehkan ular keluar. Jika ular keluar, ia akan membuatkan rumah anda berisiko untuk sekali lagi dimasuki ular.
- Pastikan semua penghuni rumah berada di luar rumah, tinggalkan seorang atau 2 orang sahaja di dalam rumah untuk memerhatikan ular.
- Sewaktu memerhatikan ular, kurangkan pergerakan di depan ular supaya ular tidak berasa panik dan terancam.
- Kenalpasti jenis ular, panjang ular, warna kulit dan corak pada badan ular untuk dimaklumkan pada pasukan penyelamat.
- Apabila pasukan penyelamat sampai, beri maklumat dan pastikan tiada penghuni di dalam rumah supaya tidak mengganggu pasukan penyelamat melakukan operasi
Semoga ilmu ini bermanfaat kepada semua..
Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – IslamItuIndah