Untung Kalau Rajin Makan Kaki Ayam, Sebab Umur 30-an Pun Anda Boleh Nampak Macam 20-an!

Tidak semua orang tahu cara untuk menikmati hidangan kaki ayam dengan sebaiknya kerana ada yang rasa jijik untuk merasainya. Namun tahukah anda, makan kaki ayam sebenarnya mempunyai banyak kelebihan terutamanya untuk awet muda.


Bagi memastikan wajah anda kekal awet muda, pastikan selepas ini anda mengamalkan pemakanan kaki ayam dengan sekerapnya. Ini kelebihan yang anda boleh dapat dengan makan kaki ayam.

  1. Kaya Dengan Kolagen

Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan pakar dari Department of Animal Science of National Chung-Hsing University di Taiwan menunjukkan bahawa kaki ayam mempunyai banyak kolagen. Penyelidikan di universiti ini juga mengesahkan yang kaki ayam sebagai sumber alternatif yang baik untuk kolagen. Malah makan kaki ayam juga adalah rahsia orang Cina dan Korea untuk kelihatan awet muda. Malah kolagen juga dapat membantu untuk meningkatkan metabolisme terhadap lemak sekali gus membantu menurunkan berat badan.

  1. Tingkatkan Sistem Imunisasi Badan

Kaki ayam juga mengandungi pelbagai jenis mineral seperti zink, tembaga, magnesium, kalsium dan fosforus. Semua mineral ini diperlukan oleh organ tubuh untuk membina sisitem kekebalan tubuh badan. Dan disebabkan itulah sekiranya demam, anda disarankan makan sup kaki ayam.

  1. Kurangkan Risiko Tulang Rapuh

Kaki ayam kaya dengan protein, kalsium, tulang rawan dan kologen yang mudah diserap oleh tubuh. Nutrisi ini dapat membantu mengukuhkan struktur tulang dan mencegah kerapuhan tulang apabila usia meningkat tua.

  1. Cerahkan Kulit

Kini anda sudah tidak perlu lagi menyuntik vitamin C atau makan pil untuk mencerahkan kulit. Hanya makan kaki ayam saja, anda dah boleh dapatkan khasiat yang sama. Jadi rugi kalau anda tak cuba!

  1. Sembuhkan Luka

Seorang penyelidik dari Amerika menerusi kajiannya mendedahkan bahawa potensi nutrisi seperti protein dan kalsium yang ada pada kaki ayam boleh membantu menyembuhkan kecederaan. Kedua-dua nutrisi ini sangat penting untuk menjana semula saraf, otot dan tulang manusia.

  1. Lancarkan Saluran Pencernaan

Kolagen yang terdapat pada kaki ayam dapat membantu memperbaiki pencernaan dengan menjaga lapisan mukosa pada usus. Asid amino pada kolagen juga membolehkan anda mendapatkan pencernaan yang sihat sekali gus menyihatkan metabolisme tubuh. Semua nutrisi seperti protein, kolagen, kondroitin dan glucosamine larut apabila dimasak menjadi sup. Ini penting untuk menjadikan usus lebih lembut sehingga membuatkan saluran pencernaan lebih sihat.

  1. Kesihatan Kuku Terjaga

Kaki ayam yang sudah dimasak akan menghasilkan asid amino, kologen, glisin, hidroksipolin dan prolin yang boleh membantu menjaga kesihatan kuku. Kaki ayam yang dimasak akan mengeluarkan cecair atau gel khas iaitu gelatin. Cecair itu yang akan membuatkan kuku kita sihat dan terjaga.

  1. Menyihatkan Gusi

Kekurangan vitamin dan beberapa nutrisi lain boleh menyebabkan berlakunya masalah pada gusi. Atasinya dengan makan banyak kaki ayam kerana ia adalah makanan yang mengandungi nutrisi dalam jumlah yang sangat banyak. Ada jaringan ikat dan tulang rawan yang boleh berubah menjadi gel kerana mengandungi kolagen, asid amino dan beberapa zat pembentukan gelatin. Malah khasiat nutrisi inilah yang akan membantu membaiki kesihatan gusi anda.

  1. Menyeimbangkan Hormon

Kaki ayam juga menghasilkan asid amino yang sangat baik. Asid amino yang dilepaskan daripada kaki dikenali sebagai arginin dan salah satu membantu tubuh dalam melepaskan hormon yang menyebabkan perasaan tertekan atau stres. Bukan itu sahaja, arginin ini juga penting dalam hormon pembiakan baik untuk lelaki ataupun perempuan.

sumber : https://catsfm.my/