Vermikompos – Cara Buat Baja Subur Organik Guna Cacing Tanah

Menambah baja sisa cacing (worm casting) pada tanah membantu mengudarakan dan meningkatkan struktur tanah sementara memberi nutrien berguna kepada tumbuhan. Ia juga berkesan dalam menghindar perosak yang memakan tumbuhan seperti afid dan kutu.


Apakah Sisa Cacing?

Sisa cacing adalah baja bahan organik dihasilkan oleh cacing. Juga dikenali sebagai vermicast, baja sisa cacing amat penting kepada tanah. Apabila cacing memakan makanan daripada kompos, ia menghasilkan sisa yang sesuai untuk tanah. Sisa cacing berbentuk bebola kecil dapat mengekalkan kelembapan tanah.

Adakah ia sesuai untuk tanaman?

Baja sisa cacing sangat sesuai untuk tanaman. Ia mempunyai segala nutrien yang diperlukan oleh tanaman sambil memperkayakan tanah di mana tumbuhan itu tumbuh. Ia tidak terhad kepada sesetengah tumbuhan, malahan semua jenis tumbuhan boleh digunakan seperti sayur dan buah. Ia tidak melecurkan tumbuhan jika terkena pada mana-mana bahagian tumbuhan, tidak seperti baja kimia. Anda boleh letak di tepi, berdekatan, ataupun bersebelahan tanaman anda.

Bagaimana menghasilkan Sisa Cacing?

Membuat sisa cacing atau vermikompos senang sahaja. Tong atau kotak plastik cacing boleh dibeli atau dibuat sendiri, yang hadir dalam pelbagai bentuk dan saiz. Walaupun begitu, apabila membuat sendiri tong vermikompos, perlu ingat asasnya. Pastikan ia rendah, sekitar 20-35 cm dalam, dengan lubang pengairan di bawah. Jika terlalu dalam, akan menghasilkan bau yang tidak menyenangkan.

Tong kecil lebih berkesan untuk diletakkan di dalam rumah, letak di belakang dapur atau kawasan yang sesuai.

Apabila membuat tong vermikompos, lapik dasar tong dengan suratkhabar dan letakkan pasir. Basahkan sedikit. Kemudian tambah kompos, baja organik seperti tinja ayam, dedaun. Setelah itu letak pula dengan suratkhabar yang telah dicarik dan dilembabkan dan tanah. Akhir sekali letak cacing dan sisa dapur seperti kulit buah dan sisa sayur.

Bagaimana hendak mengambil sisa cacing?

Terdapat pelbagai cara mengambil atau menuai sisa cacing. Teknik popular adalah dengan tabur dan pilih. Letak suratkhabar atau plastik atas lantai dan kosongkan tong vermikompos. Kutip semula cacing dan letakkan pula pada tong vermikompos yang penuh dengan kandungan bahan yang baharu. Sisa yang ada boleh digunakan terus pada kebun kita.

Kaedah lain pula adalah dengan membahagikan ruang di dalam tong kompos. Bahagikan satu ruang yang telah berisi dengan bahan lama, dan satu ruang lagi isi dengan bahan-bahan baru yang dinyatakan sebelum ini. Cacing akan sendiri pindah nanti apabila ruang lama telah siap diproses.

Apabila hal ini terjadi, anda boleh mengambil vermikompos itu dan dapat digunakan di kebun. Penggunaan sisa cacing adalah salah satu cara terbaik dalam kaedah vemikompos. Selain dapat menambaik struktur tanah, tumbuhan juga dapat menyerap nutrien-nutrien penting untuk pertumbuhan yang sih4t – Kebun Bandar