Video Detik-Detik Mendebarkan Pelumba Negara Jentera Berkecai, Hafizh Syahrin Terpelanting Tinggi Di Udara

PELUMBA Moto2 negara, Hafizh Syahrin Abdullah berdepan detik cukup menakutkan apabila terbabit dengan kemalangan pada Grand Prix (GP) Austria, hari ini.

Insiden bermula selepas pelumba Italtrans Racing Team, Enea Bastianini terjatuh di selekoh pertama dan jenteranya melintang di atas litar sebelum Hafizh yang ketika itu sedang memecut dengan kelajuan tinggi bersama barisan pelumba lain tidak dapat mengelak dan melanggar jentera Bastianini.

Hafizh kemudian dilihat terpelanting jauh menuju ke tepi litar dan jenteranya berkecai sebelum bendera merah dikibarkan dan perlumbaan dihentikan seketika.

Pelumba berusia 26 tahun itu kemudian dikejarkan ke pusat perubatan di litar itu.

JENTERA Hafizh berkecai selepas melanggar jentera Bastianini. FOTO Agensi

Pengurus pasukan Aspar, Gino Borsoi berkata bagaimanapun berkata Hafizh berada dalam keadaan yang baik.

“Pelumba berada dalam keadaan baik tetapi mengalami lebam-lebam terutama di bahagian pinggang,” katanya

Prinsipal pasukan Petronas Yamaha SRT yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali menerusi status terbaharu di Facebook miliknya juga menyatakan Hafizh berada dalam keadaan yang baik.

“Hafizh sedar tetapi mengalami lebam. Lain-lain Ok. Berada di pusat perubatan untuk pemerhatian lebih lanjut,” katanya.

Perlumbaan kemudian disambung semula dengan hanya 13 pusingan.

kredit harian metro

Artikel Berkaitan   “Ko Tak Payah Buat Benda Besar-Besar, Cukup Ko Jaga Bahasa Dengan Pasangan, Dah Ok” Tips Kekal Hubungan Sampai Tua