Video Ikan Pari Melintasi Sekumpulan Orang Dalam Laut Tapi “Orang Merah” Pula Yang Tarik Perhatian

Ikan pari adalah salah satu ikan berbisa yang mana sengatannya boleh membawa maut. Malah bekas penjaga zoo Australia Steve Irwin yang hebat dengan haiwan berbahaya juga tewas dengan ikan pari.

Jika kita mengetahui ikan pari gergasi berenang berhampiran kita ketika berenang di laut, pastinya kita akan keluar dari air dengan serta merta.

Namun satu rakaman baru-baru ini menunjukkan beberapa ikan pari atau manta rays berenang bebas di kalangan beberapa pengunjung pantai yang langsung tidak menyedari kehadiran mereka.

Rakaman yang diambil itu sangat memukau dan menakjubkan, namun ada benda lain yang lebih menarik perhatian penonton.

Dalam video yang telah meraih lebih 5 juta tontonan itu, salah seorang pengunjung yang sedang berenang di dalam laut kelihatan mengalami kesan terbakar akibat cahaya matahari yang melampau sehingga kulitnya berwarna merah.

“Manusia paling teruk kena sunburn yang pernah aku tengok…”

Sunburn lelaki itu membuat rata-rata netizen tertanya-tanya sama ada dia memakai krim pelindung matahari atau tidak, dan apakah yang dirasainya ketika kulitnya dipanggang sebegitu. Malah ada juga yang membandingkan warna kulitnya dengan Hellboy dan Mr. Crabs.

kredit HCL

Artikel Berkaitan   Berkenaan Logo Capal Besar Diletakkan Dalam Masjid, Ini Respon Pejabat Agama Islam