
Kucing berwarna oren adalah spesis kucing yang paling selalu membuat hidup manusia kacau bilau. Setiap hari pasti ada sahaja perkongsian dari pemilik kucing berwarna oren yang melaporkan tentang kenakalan anak bulus mereka.
No wonder he can handle all the samseng in parliament. Hari2 kena deal dengan oyen. https://t.co/NDoJ5qPmSu
— Ash Menon (@ashvinmenon) July 16, 2020
Malah di mana-mana negara sekalipun, kucing oren terkenal dengan personaliti mereka yang unik dan sukakan cabaran.
I think it's true that oyen has attitude no matter in which country😂 pic.twitter.com/EnQCRDOupn
— You (@adibahlovesyou) July 15, 2020
Wait for it. Dasar Oyen 🤣 pic.twitter.com/rqZP0z8rEF
— Bulu Bulu Kehidupan (@cattitudescrvs) July 19, 2020
Seperti dalam satu video TikTok yang tular baru-baru ini, seekor kucing oren dilihat menyepahkan pakaian pemiliknya untuk memberi ruang dia masuk ke dalam laci.
Walau bagaimanapun, setelah bersusah payah mengeluarkan semua pakaian dari dalam laci, Si Oyen tetap tidak berjaya masuk ke dalam laci tersebut kerana badannya yang terlalu gemuk.
Oyen why oyen ??? 😭😂 pic.twitter.com/9RGFa6hutG
— aisyah (@nuraisyahazeman) July 18, 2020
Gelagat nakal kucing itu membuat netizen geram dengannya di samping terhibur kerana tidak hairan lagi Oyen akan berkelakuan seperti itu.
Beberapa perkongsian lain berkaitan Oyen yang turut tular baru-baru ini membuktikan bahawa Oyen adalah kucing yang sangat istimewa.
Lepas kena langgar sampailah pagi dia langsung tak minum & makan. So pecahkan telur, nak bagi dia telur kuning. Si tua pulak menyibuk 😑 tapi lepas suap telur kuning, dia boleh buka mata dah. pic.twitter.com/2fduOrpyDP
— tyy 🕊 (@zatinizam_) July 17, 2020
Jika anda tertanya-tanya mengapa kucing berwarna oren lebih sosial dan cenderung untuk melakukan perkara-perkara nakal, ini adalah kerana kebanyakkan kucing oren adalah jantan.
Genetik yang membuat bulu kucing berwarna oren terdapat pada kromosom X. Oleh kerana betina mempunyai dua kromosom X dan lelaki mempunyai satu X dan satu Y, ini bermakna kucing oren jarang dilahirkan sebagai betina.
Jadi tidak hairanlah kebanyakan Oyen yang kita temui mempunyai perangai mereka tersendiri.
Ingin tengok lebih banyak gelagat Oyen yang menggeramkan? Teruskan membaca di bawah.
kredit HCL