
Pekerjaan sebagai customer service bukanlah satu pekerjaan yang mudah kerana mereka perlu berhadapan dengan pelbagai kerenah dan perangai manusia.
Menerusi portal South China Morning Post, tular video seorang penjaga tol wanita sedang menangis teresak-esak akibat dimarahi oleh seorang pemandu.
Wanita berkenaan juga telah ditenangkan oleh pengurusnya, namun tidak semena-mena air mata wanita ini jatuh berguguran.
Beliau juga dipaksa untuk senyum seperti biasa dan melayan pemandu seterusnya seperti biasa.
Sikap professional penjaga tol wanita ini mendapat pujian ramai dan rata-rata warganet tersentuh hati melihat wanita berkenaan.
Sumber: SCMP