Video Rakaman Ikan Paus Muncul Di Permukaan Dan Hampir Menelan 2 Orang Yang Sedang Berkayak Bikin Cuak

Ikan paus adalah haiwan terbesar di dunia, namun ia bukanlah haiwan yang berbahaya. Walaupun begitu, pastinya ramai yang gerun membayangkan diri mereka berdepan dengan mamalia itu.

Tetapi itulah yang berlaku kepada dua individu yang berkayak di pantai Avila, California awal bulan ini apabila mereka bertentangan dengan seekor paus.

Dalam satu video yang dikongsikan di TikTok oleh penjinak singa terkenal, Dean Schneider, seekor paus jenis Humpback muncul ke permukaan sambil membuka mulutnya dengan luas ketika dua wanita, Liz Cottriel dan Julie McSorley sedang berkayak di pantai itu bersama ramai pengunjung lain.

Akibatnya kedua-dua wanita itu berserta bot kayak mereka masuk ke dalam mulut paus berkenaan sebelum dikeluarkan semula sebaik paus itu masuk ke dalam air.

@deanschneider.official

Whaaaaat?😲 Tag someone who needs to see this!👀

♬ original sound – dean.schneider

Situasi yang sempat dirakam oleh beberapa pengunjung lain itu berlaku berikutan sekumpulan ikan yang tiba-tiba memenuhi kawasan mereka berkayak, mendorong paus itu untuk datang mendapatkan makanan.

Salah seorang wanita terbabit turut sempat merakam kejadian itu dari telefon bimbitnya. Walau bagaimanapun laporan mengatakan kedua-dua mereka tidak mengalami apa-apa kecederaan dan berjaya diselamatkan oleh pengunjung lain.

Rakaman luar biasa itu mengundang pelbagai komen dari netizen, rata-ratanya menjadi seram untuk pergi ke laut.

Makanan paus Humpback terdiri daripada plankton dan ikan-ikan kecil, dan mereka biasanya akan mengeluarkan semula benda-benda asing yang masuk ke dalam mulut mereka, termasuklah manusia.

kredit HCL

Artikel Berkaitan   Disahkan Menghidap K4nser, Tun Dr. Siti Hasmah Tak Beritahu Tun M, Inilah Sebabnya