1.Sukar Membuat Keputusan
Dalam kes ini si isteri tidak berusaha untuk membantu suami menyelesaikan hal remeh temeh seperti anak2 berkelahi, membeli barang dapur pun tidak pandai, jika diajak berbincang sering mengelak dengan menyerahkan semua perkara kepada suami. Hal ini boleh menyebabkan semangat dan motivasi suami merundum kerana kurang mendapat kerjasama daripda isteri yang sepatutnya bertindak sebagai penasihat jika diperlukan.
Kepada para isteri, jadilah isteri yang menyejukkan hati suami dan sentiasa menyokong usahanya tidak mengira kecil atau pun besar sesuatu yang diimpikan suami kita itu.
2. Suka Berleter Dan Bersungut
Apa sahaja yang dilakukan oleh suami tidak kena dimatanya. Ada sahaja yang tidak betul dan sering menceritakan perkara yang tidak baik sahaja tentang suaminya. Kadangkala leteran itu berpanjangan hingga 1 atau 2 jam. Jika begini sikap anda lebih baik berubah sekarang.
Wanita yang suka berleter tak tentu pasal memang menjadi perosak dalam institusi rumahtangga yang dibina. Sang suami sukakan persekitaran yang tenang dan damai di rumah kerana telah cukup tekanan yang diterima di tempat kerjanya.
3. Gilakan kuasa
Isteri jenis ini dipanggil diktator. Segalanya hal rumahtangga, membuat keputusan yang penting tentang suami dan anak-anaknya hanya dia yang ada hak membuat keputusan. Segalanya di bawah kawalan sang iateri seperti wang gaji suami, duit perbelanjaan dan kadang-kadang bertindak sebagai penyiasat persendirian yang ingin tahu apa yang dilakukan oleh suaminya di luar rumah hingga sang suami jadi tidak ada masa untuk diri sendiri.
Sikap isteri sebegini memang menjadi perosak rumahtangga kerana orang lelaki pun ada ego masing-masing. Jika isteri berterusan gila kuasa macam ini, suami dan anak-anak akan berasa rendah diri dan lemah untuk melakukan segala-galanya. Untuk membuat keputusan yang kecil pun mereka tidak berani!
4. Suka Menyibuk
Jangan jadi seorang isteri yang suka menyibuk. Maksudnya, apabila suami anda mempunyai projek yang sedang dilaksanakan di pejabatnya, biarlah dia menyelesaikannya dengan cara sendiri. Tidak perlu mengampu bos suami untuk mempercepatkan kenaikan pangkat suami ataupun memberikan projek yang bernilai tinggi.
Orang lelaki tidak suka wanita atau isteri mencampuri urusan kerja yang tiada kena mengena dengan sang isteri. Lain halnya jika suami meminta pendapat kita, barulah kita berikan pandangan dan buah fikiran yang diperlukan.
5. Tidak Pandai Berjimat
Wanita yang tidak pandai berjimat juga tidak disukai suami. Sementelah suami hanya berpendapatan sederhana, jadi memang patut dia berjimat cermat. Apatah lagi jika hanya suami seorang yang bekerja.
Jangan mudah terpengaruh dengan promosi di laman sesawang atau terikut-ikut gaya kawan wanita anda. Berbelanja mengikut kemampuan. Mungkin sekali sekala jika suami mendapat bonus, bolehlah minta dia membelikan pakaian yang kita mahukan.
6. Tabiat Suka Bersosial
Jika isteri suka bersosial ia menyebabkan sang suami tidak terurus. Jika telah penat bersosial mana sempat untuk menyiapkan kelengkpan suami kita untuk ke tempat kerja. Akhirnya imej suami juga yang terjejas di mata rakan-rakannya. Bila sudah bersosial tentu sedikit sebanyak kita akan membanding-bandingkan kemewahan suami rakan yang lain dengan suami kita.
Itu sebabnya isteri yang suka bersosial boleh menyebabkan rumahtangga porak peranda. Isteri merasakan dia telah tersilap memilih pasangan sedangkan perkara seperti ini boleh dielakkan jika isteri tahu menjaga diri dan bertindak mengikut akal fikiran yang waras.
Diharapkan dengan perkongsian artikal ini dapat dijadikan iktibar kepada kita semua terutamanya wanita atau isteri yang tidak bekerja. Institusi rumahtangga bukanlah dikendalikan seorang diri semata-mata tetapi bahkan ia memerlukan komitmen dan kerjasama yang erat antara dua orang yang dipanggil suami dan isteri.
Kredit: Sehinggit.blogspot
Sudah Baca, Klik Like Dan Komen Dibawah Jika Tulisan Ini Bermanfaat. TQ – IslamItuindah