Walaupun Ramai Lebih Suka Tinggal Di Rumah, Tapi Rata-Rata Majoriti Ada Masalah Internet, Korang Macam Tu Ke?

Ekoran daripada pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini, orang ramai diminta untuk terus berada di rumah supaya rantai penyebaran wabak ini boleh diputuskan. Disebabkan itu juga, ramai yang terpaksa untuk melakukan kerja dari rumah.

Bagaimana pun, menurut survey yang dijalankan oleh Vase.Ai, sebanyak 77% daripada responden mereka menyatakan kerja dari rumah adalah suatu yang sangat mencabar.

Tiga alasan teratas yang diberikan adalah seperti sambungan internet yang tidak stabil (35%), susah untuk berkomunikasi bersama rakan sekerja (31%) dan kesukaran untuk mengakses data pejabat dari rumah (28%).

Manakala sebanyak 9% daripada rakyat Malaysia merasakan kerja dari rumah membuatkan mereka menjadi lebih produktif. Alasan yang diberikan adalah seperti boleh melakukan kerja ikut masa sendiri (49%), boleh meluangkan lebih masa bersama keluarga (37%), mempunyai ruang sendiri di rumah (36%) dan boleh mengelakkan kesesakan trafik serta boleh menghabiskan kerja ketika waktu tersebut (36%).

Apa pula pendapat anda? Kerja dari rumah best ke tak?

kredit era

 

Artikel Berkaitan   “Itu Anak Saya. Tak Sangka Pula Ada Yang Ambil Gambar Dan Sebarkan Untuk Mempersenda Fizikal Abang Saya.