Wanita Ini Kongsi Mop Karpet, Habuk Degil Hilang Serta Merta, Campurkan Bahan Ini Bersama

Kita mungkin biasa dengar term, “Mop Lantai”, tetapi pernahkah anda mendengar “Mop Karpet” ?


Mop karpet adalah salah satu teknik untuk membasuh karpet anda dirumah dengan cara paling mudah, supaya karpet anda nampak seakan-akan baru dan juga bebas habuk.

Perkongsian menarik daripada Syarifah Farhana Syed Fadzil menerusi akaun Facebooknya ini juga telah mendapat share sehingga 20 ribu dan ia hanya menggunakan 3 bahan iaitu mop, garam dan pencuci antiseptik Dettol.

Bahan: Mop (jika boleh beli mop baru), air secukupnya, 2 sudu garam dan 1 penutup Pure Dettol.

Cara-cara:

  1. Panaskan air sehingga mendidih dalam kuantiti cukup untuk menenggelamkan mop.
  2. Curah air dalam baldi dan letakkan 2 sudu garam berserta Pure Dettol.
  3. Perah mop sekuat hati sehingga tiada air menitis daripada mop.
  4. Mop karpet dengan menekan-nekan karpet, atau tenyehkan mop.
  5. Air mop akan bertukar warna menjadi coklat tanda kotoran karpet. Biarkan karpet kering.

TIP MOP KARPET (bukan lantai taw😊)Sape yang pernah mop karpet?kelako kan mop karpet?fana tau karpet bole mop dari…

Posted by Syarifah Farhana Syed Fadzil on Khamis, 11 Oktober 2018

Ada yang pernah cuba?

Sumber: Syarifah Farhana Syed Fadzil