
Badan yang langsing dan cantik memang menjadi idaman bagi semua wanita. Bukan itu sahaja, kaum lelaki pun mahukan juga tubuh badan mereka sempurna kan? Namun, dah bermacam-macam cara telah digunapakai bagi mendapatkan bentuk badan yang diidamkan. Kalau kurus tapi sistem dalam tak sihat buat apa kan? Jadi, apa kata anda cuba satu jenis air rebusan dari serai ini dan dijadikan amalan seharian. Sempat lagi langsaikan azam nak kurus tu!
TIPS PERUT KEMPIS DAN SIHAT
Harini Myra nak share satu lagi resipi awet muda yang sangat mujarab dan sangat simple utk orang yang terlebih rajin! Inilah khasiatnya yang anda kena tahu:
-Mengempiskan Perut
-Badan & peluh berbau wangi
-Melawaskan buang air kecil & besar
-Membuang toksin (Boleh dijadikan detox)
-Kulit bertambah cerah dan sihat ( Nampak pink-pink gitu mcm BARBIE DOLL )
Bahan-bahan
1. Serai (10-15 batang)
2. Air (2-5 liter) *gambar tu dalam cawan je
Cara-cara
– Ketuk serai sehingga pecah & rebus dalam 30-45 minit. *lagi banyak serai lagi banyak air diperlukan
Air ni diajar oleh bidan mengurut. Jujurnya, bidan ni memang nampak sangat muda dalam awal 40an tetapi usianya dah lebih 50an. Katanya, dari muda hingga sekarang, dia cuma amalkan minum AIR SERAI saja untuk kesihatan badan. Jamu dan makjun pun dia buat sendiri tau !
Sumber: Siraplimau