Wanita Ini Kongsi Resipi Air Lemon Berkesan Untuk Kurangkan Selera Makan, Seminggu Amal Perut Dah Kempis

Kalau korang dalam usaha kuruskan badan mungkin boleh cuba resipi yang dikongsi oleh Eka Zahra. Menarik sungguh, kerana dia berkongsi resipi air yang boleh kurangkan selera makan.


Memang pun selera makan ni kalau tak dikawal dan biarkan boleh buat badan kita naik bagai dipam-pam.

Melalui pengalamannya resipi air rebusan lemon yang diambil dari rakan wanita dari Indonesia ini cukup berkesan. 2 hari minum air beratnya sudah turun 1 kg, malah dia sendiri juga nampak perubahan pada perut yang kempis selepas seminggu mengamalkannya.

Minum 2 hari turun 1kg

Hari ni akak nak kongsi resepi minuman yg boleh kurangkan selera makan. Perkongsian dari seorang sister dari Indonesia yg ada bisnis kek dan sangat suka makan kek hingga berat badan bertambah.

Atas nasihat doktornya yg dah ada 4 org anak tapi badan tetap slim meskipun doktor itu keturunan obes (berat badan berlebih) maka sister itu mengamalkan minuman ini.

Sister tu minum 2 hari dah turun 1 kg. Akak pun cubalah dan memang boleh kawal selera makan sebab hari-hari masak dan suka pulak makan kuih muih. Seminggu minum perut dah nampak kempis dan berat turun 1 kg. Ini resepinya (hasil bergantung badan masing-masing yea).

Resipi air rempah, lemon & madu

Bahan-bahan

  • 1 liter air
  • 2 batang serai diketuk
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 4 inci halia diketuk
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 1 biji lemon dihiris
  • Madu

Cara membuat

  1. Didihkan air
  2. Masukkan semua bahan kecuali LEMON & MADU
  3. Masak selama 5 minit.
  4. Angkat dari api dan masukkan hirisan lemon
  5. Biarkan 1 jam
  6. Bila nak minum tambahkan madu
  7. Minum sebelum sarapan, makan tengahari dan sebelum tidur.

Nota

  • Baki air boleh simpan dalam peti sejuk
  • Resipi ni akak boleh minum 5 kali (5 gelas)

Sumber: Eka Zahra