Wanita Ini Sangka Hanya Hingus Biasa, Rupanya Cecair Dari Otak Keluar Dari Hidung!

Siapa sangka hingus yang selama ini dianggap alahan, rupa-rupanya berpunca daripada kebocoran cecair dalam otak?


Itu yang dialami Kendra Jackson apabila cecair yang disangkanya hingus rupa-rupanya cecair cerebrospinal (CSF) yang datang daripada otaknya.

Kendra mula mengalami bersin, batuk dan gatal hidung, selepas dia terlibat dalam satu kemalangan kereta sekitar tahun 2013. Sejak dari itu, kemana sahaja beliau pergi, sekotak tisu pasti akan menjadi peneman.

Menurut laporan Klinik Cleveland, kebocoran CSF terjadi apabila cecair di kawasan otak mengalir melalui satu lubang pada tengkorak yang biasanya berpunca daripada kecederaan traumatik.

Kendra mengambil keputusan untuk menjalani pembedahan dan kini beliau sudah kembali pulih.

Sumber: News.com.auNew York Daily News