AllahuAkhbar! Gadis Cantik Berasal Thailand Peluk Agama Islam Dan Kongsi Perasaannya Sambil Menangis, Bersyukur Dirinya Dipilih Allah

Seorang wanita kelahiran Thailand, Pheemthana Shinawat mendapat perhatian warganet apabila berkongsi pengalaman memeluk Islam.

Wanita itu menyifatkan perubahan yang dilakukan ini hanya kerana Allah SWT dan ingin menjadi Muslim yang sejati serta taat akan perintah Allah SWT.

“Muslim bukan hanya dengan nama. Muslim adalah dari apa yang kamu zahirkan.

“Saya convert kepada Muslim dengan jiwa saya dan saya akan mencari Allah SWT dengan Al-Quran,” katanya.

Pheemthana Shinawat yang menetap di Malaysia ini bersyukur kerana dikelilingi dengan rakan-rakan yang sentiasa menyokong keputusannya itu.

“Saya sangat menghargai rakan-rakan saya atas cadangan untuk berjumpa dengan orang yang tepat yang dapat membimbing saya.

“Kawan-kawan saya, pengikut Rasulullah SAW, semuanya orang yg baik-baik. Terima kasih kawanku. 

“Tetapi apa yang saya perlukan untuk membimbing saya sekarang adalah Al-Quran, Al-Quran adalah guru saya, Al-Quran adalah teman baik saya, dan Al-Quran membawa saya untuk mencari Allah,cukup untuk saya memiliki Al-Quran,” ujarnya lagi.

First time for me to reading Surah AlfatihahI will never give up and I keep reading it until I can remember the whole of Surah alfatihah To be continue…What is the next??? I'm ready to facing with everything Mylife is ready #tawakaltualallah

Posted by Pheemthana Shinawat on Thursday, May 20, 2021

Malah, dia juga tidak mahu menjadi Muslim pada nama sahaja tetapi mahu mempelajari lagi mendalam mengenai ilmu agama Islam.

Tambahnya, tiada sebarang paksaan daripada mana-mana individu untuknya memeluk Islam tetapi dia memilih dengan rela hati.

Semoga kekal istiqamah dan terus bersemangat untuk mendalami Islam.

kredit zayan

Artikel Berkaitan   Apakah Yang Berlaku Sebelum Imam Mahadi Muncul? Baca