Wanita Ini Terkejut Didatangi “Joker” Untuk Menyambut Kelahiran Anaknya. Dia Menyuruh “Joker” Uruskan Bayinya

Setiap ibu mengandung pasti akan rasa tak sabar untuk menanti anak yang dikandung sembilan bulan selamat dilahirkan. Seperti ibu mengandung yang lain, wanita ini tidak sangka anaknya akan dilahirkan pada 31 Oktober yang juga merupakan Hari Halloween.

Lumrah biasanya pada Hari Halloween, mereka yang meraikannya akan memakai kostum sebagai acara perayaan. Siapa sangka, pada hari tersebut wanita ini mendapat kejutan sebelum dimasukkan ke dewan bersalin.

Doktor yang akan menyambut anaknya itu berpakaian sebagai Joker pada hari tersebut. Bayangkan, mekap dan kostum memang sama seperti Joker!

Kalau diikutkan, due date untuknya bersalin adalah pada 5 November tetapi disebabkan air ketuban sudah pecah maka terpaksalah mereka ke hospital. Suaminya juga tidak menyangka dia akan bersalin pada Hari Halloween.

“Bila di hospital, doktor yang ditugaskan nak periksa keadaan isteri saya. Masa tu lah kami tahu rupanya dia dress up jadi Joker untuk Halloween.”

Selepas periksa keadaannya, doktor rasakan belum masanya lagi untuk dia bersalin. Sementara menunggu, doktor tersebut mahu pulang ke rumah untuk agihkan gula-gula kepada kanak-kanak dan menukar pakaiannya dahulu.

Tetapi wanita itu berkata dia berharap doktor akan mengekalkan pakaiannya sehinggalah dia bersalin. Tak sangka pula, memang doktor tu tak tukar pakaian dan sambut anaknya dengan pakaian dan mekap itu.

Tak dapat nak bayangkan macam mana agaknya perasaan bila Joker yang menyambut anak kita lahir kan? Wanita ini selamat melahirkan anak ketiganya. Pada keesokan hari, doktor itu datang mengucapkan tahniah dalam keadaan ‘doktor sebenar’ dan bukan Joker.

Sumber: Little Things

Artikel Berkaitan   Pernah Kan Terjadi Kat Kulit Kita Ada Gelembung Air Lepas Tu Pecah, Airnya Merebak Jadi Pulak Kat Kulit Lain, Ini Yang Anda Perlu Tahu!