Wanita Tolong Amalkan Petua Semulajadi Ini Supaya Payudara Sentiasa Sihat Dan Cantik!

Rahsia Nak Dapatkan Payudara Terletak Cantik Dan Sihat, Amalkan Petua Semula Jadi Ini

Diakui jika seseorang wanita itu memiliki payudara yang anjal, montok dan terletak indah mampu meningkatkan rasa percaya diri dan keyakinan yang tinggi bila berhadapan dengan suami tercinta.

Pun begitu, bila usia semakin meningkat dan telah pun beberapa kali melalui proses kelahiran dan menyusukan anak, pasti akan berlaku perubahan-perubahan pada aset wanita tersebut. Jika tidak dijaga, akan menyebabkan payudara terlihat kendur dan tidak menarik lagi. Jangan ambil mudah, orang perempuan mesti jaga aset yang satu ni.

Berikut antara rahsia penjagaan payudara yang betul agar ia kekal terletak cantik;

1. Banyakkan berenang kerana aktiviti ini akan dapat melatih otot sekitar payudara.
2. Urutan menggunakan minyak atau krim. Lakukan 10 minit setiap hari.
3. Lakukan senaman tangan,buatlah apa jua senaman yang akan menggerakkan bahagian bahu, lengan dan dada. Buat regangan dan pergerakan yang melibatkan bahagian atas, sekerap mungkin.
4. Pakai pakaian dalam yang menyokong payu dara supaya sentiasa terletak kemas.Pilih tali bra yang besar dan cup yang ada besi agar boleh support payudara dengan sempurna. Angkat kedua belah tangan di atas, jika bahagian bawah bra terangkat itu maknanya bra tersebut tidak sesuai.5. Duduk dalam posisi yang betul setiap masa supaya badan sentiasa menyokong bentuk payudara dan mempengaruhi bentuk dan saiz.
6.Pastikan bra terletak sempurna dan kita berasa selesa. Jangan pakai bra terlalu ketat. Ketika tidur, elakkan memakai bra agar payudara dapat berehat dan bernafas. Ketika cuaca panas, elakkan p4kai bra warna hitam kerana warna gelap menyerap haba dan membuatkan kita kurang selesa.

Amalkan juga petua Semula Jadi;

Daun Sirih
Tekap payudara dengan daun sirih yang dilayur. Apabila daun sirih tersebut sejuk, ganti dengan yang baru. Lakukan berulang kali sehingga 5-6 helai sirih. Lakukan seminggu sekali atau jika ada banyak masa boleh lakukan setiap hari.

Kacang Hijau
Kacang Hijau kaya dengan pelbagai khasiat, ia membantu mengatasi masalah kulit kasar dan menghilangkan daki pada tubuh di samping menghaluskan kulit. Selain itu, kacang hijau juga dikatakan mampu menegangkan kembali payudara yang kendur.

Caranya mudah sahaja, anda perlu merendam kacang hijau semalaman dalam air putih. Keesokannya, rebus kacang hingga lembut. Biarkan seketika sehingga kacang suam, kemudian tempekkan pada seluruh payudara kecuali bahagian puting. Biarkan sehingga masker ini kering. Selepas itu, cuci dengan air suam. Hasilnya payudara akan kembali tegang dan menarik. Lakukan dua kali seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Putih Telur
Putih Telurmudah didapati di dapur, kos juga sangat murah. Manfaatkan sepenuhnya putih telur untuk kecantikan. Jadikan putih telur sebagai masker, sapu pada seluruh payudara kecuali bahagian putih. Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air suam. Payudara akan berasa tegang dan kulit menjadi lebih licin. Amalkan tiga kali seminggu.

Selamat Mencuba! – Mingguananita

(Visited 89 times, 1 visits today)