Youtuber Buat “Content” Tenung Kamera Sahaja Tanpa Pergi Toilet Dan Makan Selama 2 Jam Raih Tontonan Tinggi

Jakarta: Seorang YouTuber dari Indonesia menjadi bualan warganet selepas videonya yang duduk diam selama dua jam tular di media sosial.

International Business Times melaporkan, video bertajuk ‘2 jam nggak ngapa-ngapain’ yang dimuat naik pada 10 Julai lalu itu meraih lebih 1.9 juta tontonan, 18,000 komen dan 59,000 tanda suka.

Menerusi video berdurasi dua jam 20 minit itu, Muhammad Didit yang berpakaian baju-T berwarna biru gelap duduk dengan matanya hanya memandang ke arah kamera tanpa bercakap atau melakukan sebarang aktiviti.

Muhammad Didit yang memiliki lebih 27,000 pengikut di saluran Youtube memberitahu Tribun News yang dia merakam video berkenaan di dalam biliknya dari 11 malam hingga 1 pagi.

Sebelum merakam video berkenaan, dia dilaporkan sudah makan terlebih dulu dan ke tandas bagi mengelakkan adanya gangguan sewaktu rakaman.

Menurutnya, dia tidak sangka video dimuat naik itu mendapat sambutan luar biasa kerana perancangan awalnya adalah merakam bagi tempoh lima hingga 10 minit saja tetapi akhirnya berlanjutan sehingga lebih dua jam.

“Baiklah, mungkin saya harus berkongsi sedikit mengapa video ini dibuat. Semuanya bermula selepas pengikut di Indonesia meminta saya memuat naik video yang mendidik anak muda dan akhirnya saya lakukan walaupun dengan berat hati.

“Terpulang kepada penonton untuk menerimanya atau tidak dan saya berharap anda akan terhibur dan menerima manfaat daripada video ini,” tulisnya pada keterangan video.

Antara komen mencuit hati, seorang warganet yang mengatakan Muhammad Didit mengerdipkan matanya sebanyak 362 kali dalam tempoh lebih dua jam.

“Lelaki yang genius kerana mengalahkan YouTuber lain perlu memikirkan apa kandungan untuk dimuat naik dalam tempoh dua jam.

Artikel Berkaitan   “Saya Didatangi Pengemis Tapi Tak Ada Duit Cash, Tak Sangka Pengemis Pon Minta Derma Hanya Melalui Wechat”

“Sedangkan, dia tidak perlu melakukan apa-apa selama dua jam tetapi boleh meraih wang yang banyak,” tulis seorang lagi warganet

kredit harian metro