Youtuber Guna Cara Diet Artis Korea Terkenal, Simple Tapi Berat Turun Dalam 3.4 KG Seminggu

Bintang utama drama Hotel Del Luna, Lee Ji-eun atau lebih dikenali dengan nama panggilan IU dilaporkan mengamalkan diet yang sangat ketat dan hanya memakan beberapa makanan dalam menu dietnya.


Diet yang dipraktikkan bintang ini dikatakan berkesan dan berhasil untuk menurunkan berat badan.

IU hanya bersarapan dengan sebiji epal, dua biji ubi untuk menu makan tengahhari dan segelas susu protein ketika makan malam.

View this post on Instagram

@j.estina_official #제이에스티나 👑

A post shared by 이지금 (@dlwlrma) on

Disebabkan itu, seorang YouTuber menerima cabaran dengan melakukan diet IU selama seminggu dan ternyata ia mampu menurunkan beratnya sebanyak 3.4 kg.

Namun awas, pakar pemakanan menyatakan diet yang diamalkan IU ini hanya boleh dilakukan pada jangka waktu pendek kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada tubuh sekiranya dibuat secara berterusan. Perbezaan diet dan defisit kalori yang terlalu jauh boleh mengundang pelbagai masalah lain kepada tubuh badan.

kredit era