
Kucing bertukar jadi ‘Pikachu’, Eh betul ke ni? Rupanya berpunca dari rawatan fungus di badannya menggunakan kunyit
Sejak semalam, foto-foto kucing berwarna kuning telah tular di media sosial. Kucing yang asalnya berwarna putih telah bertukar warna menjadi kuning hanya disebabkan serbuk kunyit yang dilumur dibandannya.
Lepas kena lumur dengan Kunyit di sebabkan Fungus, bila dah kering terus jadi kuning macam Pikachu 😸
💁♀️Cr: Hungcudon & dakucingku pic.twitter.com/BY3xY4h8X6
— Isskandar Ariffin 🇲🇾🇲🇾🇲🇾 (@IsskndarAriffin) August 22, 2020
Menerusi Twitter Iskandar Ariffin yang mengambil foto comel tersebut menerusi Facebook dakucingku, kucing tersebut dipercayai dilumur dengan kunyit disebabkan masalah fungus.
Pemilik kucing tersebut telah mengambil keputusan melumur kunyit di kucingnya yang warna putih sehingga bertukar seakan watak kartun ‘Pikachu’ kerana berwarna kuning setelah kunyit tersebut kering.
Comel betul
Sehubungan dengan itu, menerusi Twitter sumber, rata-rata warganet berasa ‘geram’ melihat kecomelan si bulus tersebut yang seakan ‘pasrah’ apabila diwarnakan dengan kunyit.
Namun, masalah fungus yang dihidapinya juga sudah tiada berkemungkinan serbuk kunyit yang dilumur membantu dalam proses pemulihannya.
kredit satkoba