11 Tahun Bercinta, Shiha Zikir Belum Fikir Soal Kahwin

Usianya sudah menanjak 32 tahun, penyanyi Shiha Zikir tidak mahu terburu-buru untuk menamatkan zaman bujang meskipun sudah 11 tahun menjalin hubungan cinta dengan seorang jejaka dikenali sebagai Arul.

Menurut Shiha, dia sangat bersyukur kerana mempunyai kekasih yang memahami dan tidak pernah memaksa dalam soal perkahwinan. Malah, teman lelaki itu juga sentiasa memberi semangat padanya untuk terus maju dalam industri seni.

“Walaupun dah 11 tahun tapi dia sentiasa memberi semangat kepada saya dalam industri. Saya pun lega sebab kalau dapat pasangan suka paksa nak kahwin mesti pening kepala.

“Bagi saya, setiap apa yang kita nak lakukan tak perlu nak terburu-buru atau memaksa. Sebab Tuhan dah tetapkan masa untuk kita. Kami dah berusaha tapu bukanlah bermaksud tak nak kahwin. Cuma, tunggu waktu yang tepat dan go with the flow sahaja,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu, Shiha menyifatkan dirinya seorang wanita bertuah kerana mempunyai kekasih yang memahami dan tidak pernah rasa cemburu dengan mana-mana lelaki yang cuba mendekatinya.

Ujar Shiha lagi, dia tidak mahu menetapkan sasaran bila akan berkahwin kerana masih ada impian yang belum dikecapinya lagi.

“Saya tak nak terlalu merancang sangat soal kahwin kerana bimbang juga apa yang dirancang tak menjadi. Jadi lebih baik kita tunggu sahaja.

“Lagipun ada impian yang belum capai. Mungkin selepas saya menjadi juara dalam mana-mana pertandingan saya terus kahwin,” katanya.

Artikel Berkaitan   “Nur Melangkah Longlai, Lemah Menaiki Tangga Sambil Air Matanya” Tindakan Luar Biasa Pegawai Istiadat Konvo Sangat Mengharukan, Ramai Yang Mengesat Air Mata