
Wah! Lama tak makan tepung bungkus. Tepung bungkus memang sedap. Rasanya yang lemak-lemak dan manis intinya merupakan kuih tradisional kita. Terdapat dalam berbagai variasi dan cara membungkusnya tetapi rasanya tetap dedap. Ada tepung bungkus utara, pantai timur dan sebagainya.
Rupa-rupanya nak buatnya tidak lah terlalu susah sangat. Resepi tepung bungkus yang dikongsikan oleh Iffat Irdina di Sinar nampak sangat mudah. Bahan-bahannya pun tidak terlalu banyak dan senang nak cari. Jadi kita boleh cuba membuatnya nanti.
Tepung bungkus, nampak dah sedap – Foto: Sinar
Resepi Tepung Bungkus
Bahan-Bahan:
2 cawan tepung beras
4 cawan santan segar
1 sudu garam
Inti kelapa
Sebiji kelapa (ambil putihnya sahaja)
Secawan gula merah
1 1/2 air
1/2 gula pasir
Secubit garam
2 helai daun pandan
1 sudu tepung gandum
Putih dan hitam, kombinasi warna yang menarik. Foto: Sinar
Cara-Cara Membuatnya
Masukkan santan, tepung beras dan garam ke dalam kuali dan masak di atas api yang sederhana. Kacau sehingga adunan tadi menjadi pekat.
Untuk Membuat Inti
Masukkan gula merah, gula pasir, daun pandan dan secubit garam ke dalam kuali atau periuk. Panaskan dan kacau sehingga gula cair. Masukkan kelapa dan kacau sehingga sebati. Apabila inti sudah kering, masukkan sesudu tepung gandum tadi dan kacau sehingga sebati.
Cara Bungkus
Sediakan daun pisang, bersihkan dan layur dengan api atau mungkin anda ada cara anda sendiri. Kemudian koyak daun pisang mengikut saiz yang bersesuaian. Masukkan tepung dan inti. Bungkus mengikut cara masing-masing. Kukus sehingga masak. Siap untuk dihidangkan.
Yummi Foto: Sinar
Nota – Seeloknya inti sediakan sehari awal sebelum buat tepung bungkus.
Min kalau makan 3 bungkus pun tak cukup. Rasanya memang best ditambah lagi dengan aroma daun pisang.
Apa komen anda? Ada yang nak cuba tak? Selamat mencuba dan kongsikan dengan kawan-kawan anda yang suka masak tu.