1400 Tahun Dulu Allah Sebut Perkara Ini, Rupanya Gunung “Pelik” Tersebut Muncul Di China

Penulis percaya ada yang kita mesti belajar daripada China. Antaranya bentuk landskap gunung-ganang bernama Gunung Pelangi di Zhangye-Danzia yang berwarna-warni dan unik.

Mungkinkah ini yang disebut ALLAH SWT dalam Surah Fathir [35:27] yang bermaksud:

“Tidakkah kamu melihat bahawasanya ALLAH menurunkan hujan dari langit lalu Kami hasilkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara gunung-gunung itu ada garis-garis putih dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat.”

Kira-kira enam juta tahun lalu, Zhangye-Danxia ialah lautan. Akibat hujan dan kemarau bersilih ganti serta berlaku beberapa kali letusan gunung berapi dari dasar laut mengeluarkan isi bumi mengandungi kalsium, besi, tembaga dan bahan-bahan logam lain menyebabkan paras dasar laut meningkat dan paras air laut menurun menyebabkan kelihatan permukaan bumi Zhangye-Danxia yang beralun serta berwarna-warni sebagaimana yang kita lihat sekarang. Pasti ada sesuatu yang tersirat di sebalik kejadian tersebut.

Artikel Berkaitan   Perhatikan Betul-Betul Ini Ciri-Ciri Suami Atau Isteri Terkena Sihir ‘Pelet’, Sihir Orang Ketiga