2 Cara Mudah Tanam Bayam Brazil Supaya Subur Dan Cepat Tumbuh.. Semua Orang Boleh Buat Cara Ini

CARA TANAM 1


Kepada yang baru nak berjinak-jinak tanam bayam brazil ni boleh cuba tip 

gengkebunorganik.blogspot.com

Bayam brazil ni rugi kalau tak tanam kat rumah sebabnya mudah dan cepat je nak tanam. Tak susah dan tak memerlukan langkah yang banyak pun untuk tanam bayam brazil ini.

Cara tanamannya pun cuma gunakan keratan batang je. Paling penting adalah untuk memilih keratan batang yang baik supaya nanti akan dapat hasil sayur bayam brazil yang baik jugalah.

Permulaannya, pilih keratan batang dan potong dalam beberapa ukuran cm sahaja. 

Kemudian, dibuatkan lubang dalam sejengkal untuk cucukkan keratan batang bayam brazil tersebut. Pemilihan keratan batang juga perlu diambil berat. Jangan dipilih keratan batang yang terlalu tua atau muda. 

Bila dah dibuatkan lubang pada media tanaman tersebut, tanamkan keratan tersebut ke dalam lubang tanaman tu tapi jangan terlalu dalam. 

Kemudian, bila dah ditanamkan keratan batang tersebut, bolehlah disiram kan air secukupnya untuk pastikan pertumbuhan bayam brazil tersebut berjalan dengan lancar. Proses pertumbuhan bayam brazil ini cuma mengambil masa dalam 2-3 minggu sahaja. 

CARA TANAM 2

Boleh ikuti juga kaedah puan Ume Love Mohd Yazid‎

Senang hidup pokok ni kawan2… Cucuk ja pucuk dia kt tanah kemudian siram…. Gambar kt bawah ni dah lama bayam ni ditanam dah bnyk kali cantas bg cerah mcm dlm gmbr nt dia tumbuh merimbun semula… Xperlu semai semula.. Saya cuma cantas smpai habis mcm gambat kt bawah je…

Alhamdulillah berkat mak saya rajin sedekah kt org pucuk ni… Subur kemain… Baru2 ni dia cantas smpai habis sedekah kt rumah kenduri depa buat kerabu semua cakap sedap…. Xsmpai sebulan ha dia tumbuh bagai johan…. Kejap ja rimbun… Selalu cantas bg org bukan buang.

Apa lagi, jom tanam bayam brazil. Lepas ni petik terus boleh buat masak untuk hidangan seisi keluarga.

Kredit: Eybu AyuHairies , mustaffayas.in,  Ume Love Mohd Yazid‎