3 Tips murah rezeki dalam perniagaan

Dalam Islam mengatakan 9 daripada 10 rezeki adalah melalui perniagaan. Dalam perniagaan, mereka perlu keluar daripada zon selesa untuk mendapatkan rezeki yang berganda. Kerana, secara amnya, rezeki bergantung kepada usaha mereka. Jika mereka rajin, mereka akan dapat rezeki yang banyak dan jika mereka malas, mereka akan dapat rezeki yang sikit. Tiada orang yang memberikan mereka gaji seperti orang yang bekerja, jadi orang yang berniaga ini perlu memberikan gaji pada diri mereka sendiri. Berikut adalah 3 tips murah rezeki dalam perniagaan yang boleh anda amalkan:


1. Bantu prospek dan pelanggan anda

Perniagaan yang bagus adalah perniagaan yang menyelesaikan masalah. Jadi, tanamkan niat anda berniaga adalah untuk membantu orang ramai. Tidak kira sebesar manapun masalah yang dihadapi oleh prospek atau pelanggan, bantu mereka dengan ikhlas. Apabila anda membantu dengan ikhlas, rezeki itu akan datang sendiri.

Jangan letakkan duit sebagai perkara pertama dalam tujuan anda berniaga tetapi letakkan niat untuk membantu sebagai perkara pertama dalam tujuan perniagaan anda. Apabila anda dapat membantu ramai orang, maka lebih banyak rezeki yang anda akan dapat dalam perniagaan anda.

2. Senyum dan bersikap baik dengan prospek atau pelanggan

Contohi Rasullullah dalam berniaga. Baginda sentiasa senyum dan bersikap baik dengan prospek atau pelanggan. Dengan senyuman dapat melegakan hati orang yang sedang resah atau sedih. Senyuman juga menunjukkan kita mesra dengan prospek dan pelanggan dan itu akan membuatkan prospek merasa senang berurusan dengan kita.

Mengikut psikologi, orang akan berasa rapat dengan kita apabila kita bersikap ramah dan mesra. Itulah kunci untuk mendapatkan pelanggan. Kalau kita muka masam dan asyik marah-marah, siapa je yang nak berurusan dengan kita kan?

3. Amalkan doa murah rezeki supaya perniagaan diberkati

Kita kena ingat bahawa rezeki itu Allah yang beri. Kita hanya berusaha dan tawakal sahaja. Yang terakhir untuk tips murah rezeki dalam perniagaan ini adalah amalkan membaca doa murah rezeki sebelum memulakan perniagaan. Doa tersebut adalah:

tips murah rezeki dalam perniagaan

“Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepada Engkau kebaikan hari ini, kemenangan-Nya, pertolongan-Nya, cahaya-Nya, keberkatan-Nya dan petunjuk-Nya. Dan aku memohon perlindungan kepada Engkau dari kejahatan sesuatu yang ada didalamnya dan kejahatan sesuatusesudahnya”

InsyaAllah jika anda amalkan tips murah rezeki dalam perniagaan ini, rezeki perniagaan anda akan bertambah. Untuk tips murah rezeki dalam perniagaan ini bukan sahaja khusus untuk orang berniaga tetapi orang lain juga boleh amalkannya.