4 Unsur Yang Ada Dalam Darah Perlu Kita Tahu, Percaya Atau Tidak Ia Boleh Selamatkan Nyawa

Ramai yang takut untuk menderma darah kerana alasan yang tak munasabah iaitu takut berat badan bertambah selepas derma dan takutkan jarum sedangkan banyak kebaikan yang kita boleh dapat daripada menderma darah.

Pusat Darah Negara sentiasa memerlukan darah terutamanya darah yang agak jarang ditemui seperti darah Rhesus negatif sama ada A, B, AB atau O. Betapa pentingnya darah ini kerana ia boleh membantu pelbagai jenis orang iaitu bergantung kepada komponen darah kita. Ada 4 jenis komponen darah iaitu, plasma, platlet, sel darah merah dan sel darah putih.

Semua komponen ini kita selalu dengar tapi kita tak tahu pun apa sebenarnya keempat-empat terma ini.

  1. Platlet

Kita selalu dengar platlet bila seseorang hidap denggi. Platlet ni lah sangat diperlukan untuk pesakit denggi, leukimia dan jangkitan kuman,

  1. Plasma

Plasma pula diperlukan apabila seseorang kehilangan darah yang sangat banyak terutama ketika kemalangan.

  1. Sel Darah Merah

Sel darah merah untuk mereka yang kekurangan darah seperti anemia.

Inilah pentingnya menderma darah kerana dalam darah tu terdapat 3 komponen ini yang boleh selamatkan nyawa orang.

kredit era

Artikel Berkaitan   “Eee.. Siap Jolok Dalam Hidung, Seram Juga” Ummi Nazeera Tunjukkan Macam Mana Buat Test Cov1d-19 Drive Thru