5 Petua Halau Tikus Sampai Dah Tak Berani Jejak Rumah Kita Lagi

Rumah banyak tikus dan anda pening sebab tikus tidak pernah pupus walaupun ada yang terkena perangkap. Kalau mencampurkan racun dengan makanan pula tikus akan mati di merata tempat. Akhirnya bau busuk satu rumah.

Jika tahan perangkap yang ada getah, kadang-kadang getah tersebut melekat-lekat di lantai dan menyusahkan anda untuk mebersihkannya. Tikus tetap juga membiak dan bermaharajalela dalam rumah terutamanya bila kita tiada di rumah atau diwaktu malam.

Tikus yang terkena racun.

Nak upah PEST CONTROL, tentu banyak modal yang perlu dikeluarkan. Jadi seeloknya anda cuba kurangkan kos anda. Anda boleh dapatkan secara percuma di kawasan sekeliling rumah anda sahaja.

Tahukah anda bahawa ada cara lain untuk menghalau tikus tanpa perlu membunuhnya. Anda harus tahu bahawa tikus takut kepada beberapa jenis hasil daripada tanaman. Tanaman-tanaman ini sangat berkesan untuk menghalau tikus yang ada di rumah anda.

Kesemuanya berfungsi dengan cara menghindarkan tikus dari datang ke rumah anda. Tikus memang tidak menyukainya.

  1. BUAH MENGKUDU

Buah mengkudu mampu menghalau tikus

Kebanyakan orang tahu bahawa buah mengkudu sangat bermanfaat untuk merawat berbagai jenis penyakit samada digunakan secara tradisional mahupun moden.

Mamun masih ramai yang tidak mengetahui bahawa buah mengkudu juga membantu mengelakkan kehadiran tikus ke rumah anda. Bagaimana untuk menghalaunya dengan buah mengkudu?

Senang saja. Potong buah mengkudu yang tidak terlalu muda dan yang belum masak. Mungkin yang sudah tua atau sedang-sedang sahaja. Potong 4 hingga 6 bahagian dari sebiji buah mengkudu.
Kemudian letakkan di penjuru rumah atau kawasan yang menjadi laluan tikus.Tikus tidak akan melalui lagi kawasan tersebut.

  1. DAUN PUDINA
Artikel Berkaitan   Hilangkan Kesan Karat Pada Pinggan, Khususnya Pinggan Yang Kaca Tu

Halau tikus dengan daun pudina

Seperti buah mengkudu, daun pudina juga mempunyai banyak manfaatnya kepada manusia. Aroma daun pudina juga sebenarnya mengancam tikus walaupun ianya digemari oleh manusia sebagai sebahagian ramuan di dalam masakan atau dijadikan ulaman.

Apa anda harus buat? Daun pudina hendaklah ditumbuk atau kisar sehingga halus. Kemudian campurkan dengan sedikit air dan tapis. Masukkan air tapisan daun pudina ke dalam botol penyembur.

Sembur di sekeliling rumah anda atau kawasan yang selalunya menjadi laluan tikus. Lakukan sekurang-kurangnya seminggu sekali.

  1. DAUN DURIAN BELANDA

Daun durian belanda juga sangat tidak disukai oleh tikus

Ambik beberapa helai daun durian belanda dam letakkan di tempat yang kerap menjadi laluan tikus. Lagi banyak daun lagi bagus. Sebelum diletakkan di mana-mana laluan tikus, siat-siatkan atau ramas-ramas daun durian belanda tersebut supaya keluar bau.

Tikus tidak menyukai bau yang terhasil dari daun durian belanda. Pastikan anda menggunakan daun yang agak tua supaya ianya tahan dengan lebih lama dan baunya tidak disukai tikus.

NOTA: Daun durian belanda bukan hanya mencegah kehadiran tikus, malah tungau, kutu beras dan pelbagai serangga yang kerap menjadikan rumah anda sebagai sebagai habitat mereka juga akan mula lari.

  1. DAUN PANDAN

Daun pandan mempunyai agen pewangi semulajadi dan tidak disukai oleh tikus

Daun pandan adalah pewangi semula jadi untuk kediaman anda. Selain itu juga, tikus sangat tidak menyukai bau daun pandan. Carik-carikkan daun pandan atau gunting dan letakkan di tempat yang sering dilalui tikus.

  1. DAUN SEMAMBU

Daun semambu atau daun mambu boleh menghalau tikus selain mengubati demam campak

Selain digunakan untuk merawat demam campak, daun semambu juga tidak disukai oleh tikus. Hanya letakkan di laluan tikus.

Artikel Berkaitan   Cara Kekalkan Epal Selepas Dibuka Supaya Tidak Lebam Dan Berubah Warna. Memang Berkesan!