Perang, rompakan dan bencana alam telah menyebabkan kehilangan harta benda dan artifak yang tidak ternilai sepanjang sejarah.
Dalam beberapa kes yang jarang berlaku, khazanah yang hilang dapat ditemui semula tetapi dalam kebanyakan kes mereka hilang selama-lamanya.
Dalam zaman moden, banyak artifak yang secara rahsia dimiliki oleh golongan elit, tetapi kebanyakannya telah menemui jalan ke pasaran gelap.
Berikut adalah 10 khazanah berharga yang telah hilang dalam tempoh tertentu.
1. The Wright Brother’s Patent
Surat paten Wilbur dan Orville Wright yang menggambarkan reka bentuk pesawat pertama pada tahun 1900 telah disimpan dalam arkib negara. Namun ia telah dicuri oleh penyamun dan tiada siapa yang sedar kehilangan paten itu sehinggalah tahun 2003.
Artifak berharga itu tidak akan dapat dikesan sehingga ada yang cuba untuk melelongnya.
2. Pedang Tanto Mei- Kunimitsu
Menurut agensi urusan kebudayaan di Jepun, 109 barang berharga telah dilabelkan sebagai dicuri atau hilang dari pemilikan pengumpul. Salah satunya adalah Pedang Tanto dari abad ke-13 buatan Kunimitsu.
Pedang tersebut menjadi barang yang bernilai tinggi selepas penjaganya meninggal, tetapi agensi kebudayaan Jepun tidak dimaklumkan dengan segera untuk mendapatkan pedang tersebut dengan selamat.
3. City of Paititi
Menurut lagenda bandar Paititi adalah kawasan di mana suku Inka kuno menyembunyikan semua permata dan emas mereka dari penceroboh Eropah. Oleh kerana lokasinya yang tersorok dan sukar untuk dikesan, ramai yang percaya bandar Paititi adalah bandar yang sama dengan Lost City of El Dorado.
Walaupun penjelajah masih lagi sibuk menjelajah hutan di Peru untuk mencari bandar bernilai tinggi itu, hanya masa yang akan membuktikan sama ada ia benar-benar bandar El Dorado yang hilang atau sebuah bandar yang berbeza.
4. The Patiala Necklace
Kalung yang diperbuat oleh Cartier ini adalah hadiah kepada Maharaja Sir Bhupinder Singh. Di samping bertatahkan permata yang berharga, ia terkenal dengan batu rubi Burma dan berlian 234.6 karat DeBeers yang merupakan berlian ke-7 terbesar di dunia.
Kalung tersebut hilang pada tahun 1948 dan ditemui semula oleh seorang wakil Cartier di London 50 tahun kemudian, malangnya tanpa batu rubi dan berlian DeBeers.
5. The Mahogany Ship
Antara banyak-banyak khazanah yang hilang ini adalah kehilangan yang paling aneh kerana kapal ini tidak tenggelam di tengah-tengah lautan tetapi hilang di pelabuhan, di bawah bukit-bukit pasir di Victoria Barat Daya, Australia.
Kapal yang diperbuat dari kayu mahogani gelap yang cantik itu pada awalnya tenggelam pada tahun 1522 sebagai sebahagian daripada misi rahsia tentera laut Portugis untuk meneroka Australia tetapi peninggalannyatidak ditemui hingga tahun 1847. Kini semua rekod kapal itu hanyalah berbentuk ramalan walaupun kewujudannya tidak dapat disangkal.
6. Victoria’s Parliamentary Mace
Mengikut perlembagaan British, cokmar Victoria terkenal sebagai simbol pejabat, penceramah serta sebahagian daripada perhiasan untuk pameran awam. Ia hilang pada 9 Oktober 1891, dan suspek utama ialah jurutera Parlimen Thomas Jeffery apabila dia dilaporkan dilihat berlari keluar dari bangunan membawa sesuatu yang mencurigakan.
Tetapi kerana kekurangan bukti, Thomas tidak dapat ditahan. Walaupun cokmar itu mempunyai nilai yang rendah, ganjaran untuk pulangannya ditetapkan pada £50,000 (RM266,977.90).
7. The Crown Jewel of King John
Walaupun mahkota Inggeris sentiasa disimpan di menara London, King John tidak mempunyai nasib yang baik. Semasa cuba menyeberangi The Wash, sebuah teluk di Lincolnshire, dia tidak menjangka arus air yang kuat menyebabkan dia kehilangan seluruh bagasi termasuklah mahkotanya.
Walaupun teluk tersebut sangat berbahaya kerana pasang surutnya yang tinggi dan perairan yang berlumpur, pemburu harta karun terus mencuba nasib mereka untuk mencari mahkota permata itu.
8. Barang Curian Dutch Schult’z
Gangster Amerika, Arthur “Dutch” Flegenheimer mencipta kekayaan bernilai hampir 20 juta dolar setahun melalui pelbagai aktiviti jenayah dan rompakan. Apabila cuba untuk mengelak dari membayar cukai, dia memasukkan harta benda berharganya ke dalam sebuah kotak logam dan menanamnya di lokasi rahsia di pergunungan Catskills.
Dutch berniat untuk menggalinya apabila dia keluar dari penjara. Malangnya, dia ditembak oleh musuh di sebuah restoran tempatan sebaik dia dibebaskan. Harta karunnya dipercayai masih tersimpan di landskap luas di New York itu.
9. The Lost Dutchman
Ini mungkin harta yang paling berbahaya dan terkenal dari semua khazanah yang hilang di dunia. The Lost Dutchman adalah sebuah lombong emas yang ditemui pada tahun 1840-an di Pergunungan Arizona. Sebuah keluarga kecil bekerja di lombong ini dan membekalkan emas ke Mexico sehingga mereka dibunuh oleh sekumpulan kaum Apache. Sejak itu, sesiapa yang cuba mencari lombong itu juga hilang secara misteri dipercayai dibunuh.
Pada tahun 1870, seorang pendatang Jerman bernama Jacob Waltz menemui semula lombong itu melalui keturunan keluarga asal yang memiliki lombong itu. Rakannya kemudian dikatakan dibunuh oleh orang Apache, namun ada yang percaya Waltz sendiri yang membunuhnya untuk memastikan keselamatan penemuannya.
10. The Atomic Bomb Maps
Dua peta terpenting yang dicipta oleh Angkatan Udara Tentera pada bulan Jun 1945 menunjukkan butiran terperinci koordinat pengeboman Hiroshima dan Nagasaki telah hilang dari Arkib Negara.
Apa yang lebih menarik adalah dokumen-dokumen ini juga mempunyai gambar pemandangan dari udara yang terperinci serta gambar tanah sasaran dengan semua titik strategik dipetakan. Namun tiada siapa yang pasti bila dokumen-dokumen tersebut hilang atau bagaimana pencurian tersebut dilakukan.