5 Sebab Kenapa Anda Rugi Menanam Kelapa Sawit

Biar saya jelaskan kepada anda kenapa memiliki tanaman kelapa sawit adalah rugi. Ramai pemilik sawit tidak tahu mereka sebenarnya dalam kerugian. Baik, saya terangkan kepada anda sekarang.


1. Anda Rugi Apabila Hasil Kurang Dari 1 tan Seekar Sebulan

Jika hasil sawit anda kurang dari 1 tan seekar sebulan, anda sangat rugi. Tahukah anda tanaman sawit berpotensi untuk mencapai 2.5tan seekar sebulan pada waktu puncak. Itu adalah hasil ketika waktu puncak. Hasil purata yang anda sepatutnya dapat sepanjang tahun adalah 1.95 tan seekar sebulan atau 57.82tan/hektar/tahun!

2. Anda Rugi Apabila Baja Dibawa Air

Bayangkan anda membaja. Duit beli baja keluar dan kos upah menabur baja dibayar. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Baja anda tenggelam dan hanyut dibawa air. Rugi duit beli baja dan hasil pokok pula menurun.

3. Anda Rugi Apabila Tiada Rawatan Pokok

Anda mungkin tidak sedar bahawa pokok anda tidak dirawat dengan baik. Cuba lihat 2 gambar di atas. Pokok pertama menunjukkan pokok jantan dan tiada rawatan. Pokok kedua menunjukkan buah dimakan tikus dan tiada juga rawatan. Pokok-pokok ini tdak memberikan hasil dan anda sudah rugi beratus-ratus kilogram buah yang sepatutnya anda dapat dari pokok-pokok ini.

4. Anda Rugi Apabila Racun Berlebihan

Tahukah anda tentang kesan racun berlebihan pada hasil sawit anda? Racun berlebihan boleh mematikan sel-sel aktif akar. Apabila sel-sel aktif akar ini mati, baja yang anda berikan tidak dapat diserap dengan baik. Kaedah membersihkan kebun selain meracun adalah dengan membaja.

5. Anda Rugi Apabila Tidak Melabur Untuk Baja

Berapa banyak anda telah labur untuk baja? Jumlah pelaburan untuk baja anda sangat berkaitan dengan jumlah hasil yang anda dapat. Pokok perlu dibaja asas NPK. Pokok juga memerlukan baja tambahan. Cuba kita lihat keratan Berita Harian ini, “Pekebun Kecil Digalak Gunakan Baja Tambahan : Penggunaan bahan diperakui RISDA tingkat kesuburan tanaman.”

Dengan pembajaan lengkap, buah sawit anda bertambah besar dan bertambah berat. Baja adalah satu pelaburan menguntungkan yang akan meningkatkan hasil sawit anda berganda-ganda!

Baca selanjutnya di sini