5 Tanda-Tanda Itu Sedang Dilanda Kemurungan Tetapi Ia Sendiri Tidak Sedar. Baca Ini!

Kita dapat melihat bahawa golongan muda pada masa kini amat mudah mengalami kemurungan. Hal ini disebabkan mereka tidak dapat menyelesaikan masalah dengan cara yang terbaik di samping sikap sesetengah orang yang sering menangguhkan sesuatu kerja. Kita hendaklah percaya bahawa setiap masalah walau sebesar mana pun akan ada penyelesaiannya.

Mari kita lihat input menarik daripada Puan Nora Zyan tentang bagaimana untuk mengenali tanda-tanda kemurungan agar ianya dapat dibendung dengan lebih awal.

5 Tanda Kemurungan ialah:

  1. Mudah menyalahkan diri.
  • Gangguan emosi yang memberi kesan kepada cara kita melalui kehidupan seharian.
  • Mempunyai pandangan yang tidak dapat dihurai oleh orang yang normal.
  1. Hilang rasa minat.
  • Tidak berminat melakukan aktiviti luar seperti bersukan dan menari.
  • Tidak tertarik kepada aktiviti yang melibatkan ramai orang.
  • Minat terhadap aktiviti sosial juga berkurangan.
  1. Sukar membuat keputusan.
  • Walau diberi beberapa pilihan, masih terasa sukar untuk membuat keputusan.
  • Tidak dapat memberikan jawapan yang tepat.
  1. Kurang selera makan.
  • Menjadikan otak tidak dapat berfungsi dengan baik.
  • Perubahan selera makan dari satu peringkat ke satu peringkat.
  1. Tidur yang terganggu.
  • Kerap terjaga dalam ketakutan.
  • Sukar untuk tidur awal atau bangun pagi.

*Kita hendaklah sentiasa peka dengan tingkah laku orang yang terdekat dengan kita yang mempunyai masalah supaya mereka tidak melakukan perkara di luar jangkaan seperti membunuh diri, mengelar pergelangan tangan dan lain-lain.

*Dengan perkongsian ini, diharapkan akan dapat membantu mereka diluar sana untuk mengesan dengan lebih awal tentang kemurungan yang dialami oleh orang tersayang.

Sumber asal boleh rujuk di sini.

(Visited 200 times, 1 visits today)