Tomato Antara Sayuran Yang Cepat Rosak. Try Tips Ini Untuk Tomato Kekal Segar

Bagi sesiapa yang suka masak pakai tomato tentu akan perasan bahawa buah tomato ialah antara sayuran yang mudah rosak.

P/s: Errr… tomato nie terletak dalam kategori buah-buahan ker sayur-sayuran? Confuse nih…hehe…

Anyway, berbalik kepada citer pasal tomato nie, meskipun disimpan dalam peti sejuk, bila dah lama sangat… tomato tu akan cepat jadi lembik dan busuk. Hmmm… kalau dah jadi macam tu apa yang kita boleh buat? Buat sos tomato lah kot..hehe…

So, kali nie che petua nak kongsi ngan uols cara yang diajar oleh ibu che petua supaya tomato tu tahan lebih lama. Kalau dah tau caranya boleh lah jimat sikit kan…

Petua Simpan Tomato Agar Tahan Lebih Lama

Ibu petua ajar masa nak beli tomato tu yang pentingnya kita kena pandai pilih. Maksudnya pilih tomato yang segar dan yang paling penting ialah cari tomato yang masih ada tangkai.

Kemudian, masa kita simpan tomato tu dalam peti sejuk, jangan main lempar jer. Seeloknya susun elok-elok dalam bekas seumpama menyusun telor, malah perlu lebih berhati-hati lagi berbanding menysun telur. Dan pastikan juga masa menyusun tu bahagian tangkai tomato tu terletak elok kat sebelah atas.

Artikel Berkaitan   Satu Share Anda Sudah Selamatkan Ramai Nyawa!! Jika Disengat Ular, Kala Jengking, Lipan Dan Terpijak Paku, Lakukan Cepat Cara Ini!