Dah Guna Sos Tiram 4 Bulan Baru Sedar Ada Kelawar Mati Dalam Bekas

Satu keluarga di Shandong, China terkejut selepas menemui seekor kelawar mati dalam botol sos tiram bersaiz 6kg mereka.

Menurut laporan, mereka hanya sedar kewujudan bangkai kelawar itu selepas menggunakan ia selama hampir 4 bulan untuk memasak.

“Ibu saya memasak dengan paling kurang pun satu sudu sos tiram. Selepas saya semak, saya ingatkan bangkai burung yang busuk ditemui dalam botol sos itu,”

Selepas diperiksa,barulah mereka sedar yang ia adalah seekor kelawar lengkap dengan bentuk sayapnya, berada pada bahagian bawah botol sos tiram.

“Saya tak mahu lagi makan untuk dua hingga tiga hari akan datang. Semua masakan yang dibuat dengan sos itu, sudahpun dibuang,” kata anak dalam keluarga terbabit.

Mereka juga menafikan dakwaan sengaja meletakkan kelawar berkenaan dalam botol sos tiram itu, sambil menegaskan bahawa rumah mereka ditutupi dengan jaring untuk mengelakkan kelawar daripada masuk ke dalam rumah.

Akibat daripada insiden itu juga, mereka kini risau akan kesihatan mereka kalau-kalau dijangkiti sebarang penyakit disebabkan kelawar terbabit.

kredit era

Artikel Berkaitan   “Untuk Mengelakkan Kejadian Tu Berlaku, Lebih Baik Jika Wanita Tidak Melawan Dan Sebaliknya Menerima Tawaran Rogol”