Kucing dengan bulu berwarna oren sering kali dipanggil dengan nama samaran mereka iaitu Oyen. Terkenal dengan gelagat yang nakal, gelagat Oyen yang kadang-kala ‘panjang akal’ sememangnya cukup menghiburkan.
Lihat sahaja gelagat si cilik Oyen dalam satu video yang tular baru-baru ini. Video yang dikongsikan menerusi laman Instagram dengan nama akaun Dinasti Kucing ini telah mencuri perhatian ramai.
Menerusi video tersebut kelihatan seorang wartawan sedang melaporkan di satu lokasi. Namun di pengakhiran video tersebut tiba-tiba wartawan yang sedang bersiaran langsung itu menjerit kesedihan.
Apabila diperhatikan rupa-rupanya si cilik Oyen melompat-lompat di kaki wartawan itu. Memanglah tidak boleh tahan dengan gelagat anak kucing ini.
Berikut adalah video gelagat anak kucing comel ini yang telah mencuri perhatian ramai:
Alahai ada sahajalah gelagat anak kucing ini. Mood tengah nak ajak bermain betul gayanya itu! Apa-apa pun comellah anak kucing ini dan cukup lincah.
Video tersebut telah meraih lebih 20 ribu tontonan dan 4 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur menonton video tersebut dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:
“Oyen memang berbeza”
“Oyen lagi Oyen lagi”
“Warnanya oren kan? Ya udah memang tidak hairan dah”
kredit HCL