Step Mudah Buat Lasagna Sendiri Kat Rumah, Kos Jauh Lebih Murah, Boleh Buat Banyak Lagi

Guna roti je? Biar betul! Tak perlu gunakan kepingan lasagna. Kos jauh lebih murah dan rasanya setanding makanan barat yang dipesan di restoran.

Bahan-bahan:

  • 12 keping roti
  • 3 biji telur
  • 200 ml susu segar
  • 8 keping keju
  • 1 cawan Mozzarella cheese (diparut)
  • 1 cekak daun sup
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 4 sudu besar sos lada hitam
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 300 gram daging cincang
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 1 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 cubit garam dan gula

Cara-cara Penyediaan:

Inti Daging

  1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau.
  2. Masukkan daging dan masak sehingga daging empuk.
  3. Masukkan sos lada hitam, sos tomato dengan sedikit air.
  4. Perisakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Masukkan daun sup dan cili merah.
  6. Masak sehingga daging masak dan kering.
  7. Ketepikan dan biarkan inti daging sejuk.

Lasagna Roti

  1. Sapukan keseluruhan loyang dengan mentega.
  2. Pukul telur dan susu sehingga sebati.
  3. Celup roti ke dalam bancuhan susu tadi dan susun ke dalam bekas sehingga penuh.
  4. Tuangkan separuh dari inti tadi ke atas roti dan ratakan.
  5. Susun kepingan keju ke atas daging.
  6. Ulangi dan tambah lagi satu lapis roti dan daging.
  7. Akhir sekali, taburkan parutan keju Mozzarella di atas lapisan atas sekali.
  8. Jika ada lebihan telur, siramkan di atas roti.
  9. Bakar pada suhu 180ºC lebih kurang 40 minit.

kredit zayan

Artikel Berkaitan   Tak Semua Ektrim, Lelaki Ini Dedah Penganut Hindu Buat Perisai Lindungi Muslim Masa Solat Jumaat