Video Perbandingan Ibu Orang Putih Dan Ibu Asia Undang Tawa “Siot Sebijik Macam Mak Aku Dohh”

Setiap wanita yang berkahwin mereka pasti sibuk dalam menguruskan rumah tangga lebih-lebih lagi apabila sudah mempunyai anak. Makin tidak menang tangan dibuatnya.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun di Twitter yang dikenali sebagai @Ashril_92 dimana memaparkan perbezaan kelakuan ibu asia dan ibu barat dalam menguruskan rumah tangga. Menerusi video yang dikongsikan itu, terdapat seorang lelaki yang telah melakonkan semula karakter tersebut.

Jika dilihat berdasarkan video tersebut, ibu barat di dalam rakaman berkenaan adalah merupakan seorang ibu yang lemah lembut dalam melakukan pelbagai kerja rumah. Namun berbeza pula dengan karakter ibu-ibu di asia di dalam video tersebut yang menunjukkan  mereka melakukan kerja rumah dengan begitu ‘bersungguh-sungguh’.

Ternyata, situasi tersebut boleh dikait rapat dengan ramai orang yang mempunyai ibu-ibu yang berkelakuan sebegitu. Video tersebut telah membuatkan rata-rata warga netizen berasa terhibur setelah melihat rakaman tersebut di samping terdapat segelintir warganet yang turut bersetuju dengan video tersebut.

Posting yang berberdurasi selama 17 saat itu telah meraih perhatian ramai sehingga menerima sebanyak 24.5 ribu tontonan umum menerusi laman akaun Twitter berkenaan.

“Betul la tu…”

“On the phone sambil masak tu…”

“Hahahaha macam ibu…”

“Ni bukan ibu tapi ni adalah saya…”

kredit HCL

Artikel Berkaitan   Dituduh Gila Jual Aiskrim Daging Tikus, Wanita Ini Gembira, Produknya Laku Keras Permintaan Tinggi