Video Ayam Tengah Sedap Baring Atas Bantal, Lelaki Ini Kacau Pasang Speaker, Inilah Yang Berlaku, Terkekek Netizen

Meskipun haiwan ini sering dilihat hari-hari, namun pasti ramai di antara kita yang tidak pernah melihat cara ayam merehatkan diri atau tidur. Walau bagaimanapun, lain pula cara ayam jantan ini menikmati waktu tidurnya seperti di dalam video terbabit.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang dimuat naik oleh satu akaun di laman Tiktok yang dikenali sebagai @ady.267 dimana dirinya sedang cuba mengacau seekor ayam jantan. Menerusi posting tersebut, ayam terbabit dilihat sedang tidur lena sambil beralaskan bantal.

@ady.267

ganguin yg lg tdr aaah #samasamaketawa #samasamadaritiktok #fyp #komedikocakabis #fypシ

♬ original sound – Ady. – Ady.

Namun begitu, lain pula yang jadi apabila ayam jantan berkenaan telah terkejut dan terbangun dari tidurnya gara-gara dikacau oleh pemuda terbabit. Lebih melucukan apabila lelaki itu turut meletakkan speaker bersebelahan haiwan terbabit sambil memasangkan lagu dengan kuat untuk mengejutkannya.

Rata-rata warga netizen berasa terhibur setelah melihat gelagat pemuda berkenaan yang bersikap nakal di samping ada yang turut terhibur dengan gaya tidur ayam terbabit. “Baru tahu ayam tidur macam tu”, kata salah seorang warga netizen yang meninggalkan komen di ruangan Tiktok berkenaan.

kredit HCL

Artikel Berkaitan   “Kami Kasihan, Sedih Lihat Pengorbanan Anda Semua”, Nurse Kongsi Isi Surat Dititip Pesakit Tabligh